WELCOME....

IT'S ALL ABOUT YARNTZ...

Saturday, March 5, 2011

> Sabah bah...

Rasanya dah lama aku tak menulis lam blog@diary ciber aku yg bisa dibaca oleh sesapa aja ni..hehehehe..sampaikan cik dstickynote pon dah bertanya napa la aku dah lama tak update blog ni. Bukan tak da masa tapi mungkin terlalu banyak masa dihabiskan ngn aktiviti n agenda lain, sampaikan tak sempat nak ngadap blog ni. Last week, aku baru ja join bebudak kelas aku p Sabah. Dalam 4 hari gak aku kat sana. Dari KK kami suma ke Ranau n Kundasang. Mmg best sangat sepanjang 4 hari berada kat sana. Tak macam tempat2 kat semenanjung ni, kat sana macam ada kelainan ckit. Aku pon tak tau apa yang lainnya. Tapi kesimpulan yang dapat aku wat mmg Sabah sangat best n kalau da peluang, mmg aku nak ke sana lg. Tapi lam best tu, ada gak la yang x bestnya. Bagi aku, selain terasa rindu kat umah, main problem aku kat sana hanya satu iaitu bab mencari makanan yang halal n kena ngn tekak aku. Hari pertama, sampai aja di Sabah, kami suma jenjalan kat KK n trus ke Ranau. Sampai kat Ranau dah agak lewat n gelap. So, kami suma decided untuk makan kat KFC ja. Ada gak kedai makan n pasar malam berdekatan area tu. Tapi aku yang sememangnya payah nak makan makanan tempat orang mmg xlalu la. Tambahan kat pasar malam tu berkeliaran anjing yang menyebabkan hati aku makin xyakin nak membeli juadah kat sana. Masuk ari kedua, kami suma masih pusing2 area Ranau n then p lak ke Kundasang. Malam kedua, kami suma still port kat Ranau untuk cari makan. Kengkawan aku ada la terjumpa kedai Muslim kat area tu. Tp besa la aku, x lalu pya pasal menapak la aku n beberapa kawan ke KFC sbb incik driver udah parking kat kedai makan pilihan depa. Nasib la x jauh. Dek kelaparan, aku bedal nasi ayam KFC siap tambah nasi lagi. Hahahah…ye la kan, dah sehari xngadap makanan berat. Dari pg bawa ke ptg asyik biskut n megi ja, mau x kelaparan aku. Perut lak makin cbuk menyanyi mintak di isi nasi. Aaa…sebelum terlupa, aku nak listkan gak tempat2 menarik yg bagi aku sangat best sepanjang aku kat sana. Mula, kami suma ke SSTC (training center kat sabah), then kami ke museum pa ntah kat KK tu. Kat Ranau, km suma ke Kinabalu Park, Poring Hot Spring, Sabah Tea Garden, Tagal Moroli, Philipino Market (betol ke eja camtu ek?) n macam2 lagi la. Macam ada lagi tempat yang aku p tp dah lupa la..hehehehe..sampai ari pa aku makan tadi?hahahaha..ok2..ari ketiga kami suma patah balik ke KK. Sempat gak singgah kat Tamparuli. Perjalanan balik ni bole tahan la dasyatnya sampai nek berair mata aku tahan muntah. Tapi dek kerana hanya satu cup megi aja yang masuk lam perut, jenuh aku meneran muntah sbb xda pa yang leh dibuang. Kat KK, sekali lagi aku mati kutu nak menyantap apa..hehehehehe..last sekali sebiji prosperity burger n bubur McD yang aku pilih. Mmg makan macam jin la. Ni suma sbb semangat nak berjalan mmg membara sampai waktu nak makan tu pon kami suma abaikan. And last day sbb kami suma berpusing2 di KK aja, maka pizza lak jadi pilihan. Aku bantai nasik lak sbb perut Melayu aku ni dah x tahan ngn makanan yang x berasaskan makanan ruji aku sejak dari kecik tu. Hehehehehe…aku pon x tau pa masalahnya aku ni. Samada tempat atau tekak aku sendiri yang ngengada xleh trima makanan2 baru yang belum aku penah cuba. Hehehehe…kat bawah ni ada la beberapa pics aku kat sana..skang ni aku da kat langkawi ngah praktikal kat cni untuk 2 bulan lagi. Nanti aku update lak cmna kehidupan aku kat pulau bebas cukai ni. Ewwwaaahhh….


*ni beberapa jam before kami suma balik semenanjung...

*kat kaki Gunung Kinabalu yang berkabus...
bersama teman2 terbaik kat KISMEC...

*ni kes tertinggal jeans dalam van...hakhak...

*lapo time..megi ngn mineral water aja pon sedap...

*@poring hot spring..mmg terbaek...