WELCOME....

IT'S ALL ABOUT YARNTZ...

Tuesday, November 13, 2012

> What u give u get back….

Ewahhh…title aku omputih hari ini. Tapi hakikatnya aku nak menulis dalam bahasa melayu @ bahasa kedah. Hehehe. Kebelakangan ni macam-macam perkara yang berlaku di sekeliling aku. Ada yang menghempap (hebat gila word aku guna la ni) emosi aku, ada yang mengguris hati dan tak kurang juga yang membuatkan aku hepi. Pada sesapa yang mengenali aku, sememangnya aku seorang yang agak senstitif. Satu benda kecik leh wat aku menangis (padahal orang lain rilek ja) dan ada juga perkara kecik leh wat aku melenting dan mengamuk tetiba. Apapun, perkara-perkara yang muncul silih berganti di hadapan mata aku mengajar aku satu perkara.

1. Diam itu lebih baik daripada berkata-kata (ikut situasi gak la ek)
2. Kita manusia tak berhak menghukum sesuatu dan seseorang.

Apa sebab aku rasa 2 perkara di atas. Untuk yang pertama, kadang2 aku rasa bila bercakap tak semua orang akan setuju dengan pendapat kita tambahan lagi kalau background, usia dan tahap pendidikan yang berbeza. Satu lagi, tak semua orang menghadapi atau menempuhi pengalaman yang sama.  

Contohnya masa aku praktikal dulu, aku ada borak dengan sorang cikgu senior. Dia agak baru di sekolah tu. Sembang punya sembang, tetiba dia tanya napa aku x pilih untuk jadi lecturer ja. Jadi aku pun buka la cerita  sedih aku tentang impian aku nak jadi lecturer yang berkecai sebab masalah duit. Dia mengangguk. Aku ingat dia faham. Abis ja aku bercerita tetiba dia kuarkan satu ayat yang wat kaki aku cam nak naik. Hehehe. Camni ayat dia… “Tapi, saya rasa jadi pensyarah lebih baik. Banyak cara kamu leh wat untuk atasi masalah kamu”. Aduhai. Lalu aku dengan jayanya menjawab…”Saya yakin pilihan yang saya amik dan kalau saya seorang anak yang petingkan diri sendiri, memang saya akan kejar cita-cita saya. Tapi saya fikirkan mak saya, sebab tu saya pilih untuk jadi cikgu”. Haaaa… terdiam ang.

Pastu aku da sembang ngn kawan-kawan aku pasal cikgu tu. Rupanya dia memang jenis cakap nak betul kat dia ja. Apa saja pendapat dia orang kena terima. Bagi aku, kita tak leh cam tu. Sebab situasi yang aku lalui mungkin tak sama dengan dia. Lagi satu, mungkin dia jenis manusia yang menjalani hidup yang tak banyak dugaan. Jadi dia rasa semua mudah. (Itu kesimpulan yang aku wat dengan kawan aku..hehehe).

Ok, masuk lak ke pengajaran yang kedua. Napa aku kata aku tak berhak menghukum? Sebab aku sedar aku manusia. Aku bukan Tuhan. Biarla hukuman tu datang pada orang yang melakukan bila tiba waktu yang Allah dah tentukan. Malas la nak hurai panjang2. Meh aku nak berikan beberapa situasi yang pernah terjadi.

Situasi 1:
Puan N: Au kecik ati dengan S tu. Dengan orang len, elok ja cakap tapi kalau dengan aku, mesti nak tinggi suara n menengking.

*Komen aku: Puan N dulu pun camtu. Dengan aku dan beberapa yang lain, mesti cakap nak tinggi suara n marah ja. Ngan yang lain tak macam tu pulak. So, what u give u get back.

Situasi 2:
Puan C: Aku menyampah ngn H tu. Aku harap satu ari nanti dia cerai la ngn laki dia.

*Komen aku: Tak lama pastu, Puan C yang cerai. What u give u get back.

Situasi 3:
Puan D: Aku sedey la wei. Bila aku mintak tolong, semua orang cam berkira ngn aku. Tak mau tolong aku. Macam aku ni tak penting ja kat depa semua.

*Komen aku: Eh, dulu Puan D pon camtu kan. Aku mintak tolong ang tak mau tolong, Puan S mintak tolong pon ang reject, siap call hasut aku lagi supaya tak tolong Puan S. Dan yang paling teruk mak sendiri pun ang kecewakan bila orang tua tu mintak tolong. Betul tak aku kata? What u give u get back.

Dah..dah Nabihan. Cukup la contoh2 yang aku. Bagi kita manusia ni x yah nak susah2 pk nak balas dendam or bagi pengajaran kat orang lain. Tuhan kan ada. Orang kata, skang ni Allah bayar cash atas dunia bila kita wat salah. Ada gak betulnya. Tapi syukurlah dengan tu suma sebab mungkin Allah nak kita sedar dan insaf. Dan pada yang lain, moga2 dijadikan teladan. InsyaALLAH.

Tuesday, November 6, 2012

> Kahwin oh kahwin....

Musim cuti sekolah kembali lagi. Cekgu2 tersenyum lebar. Anak murid lak sengeh sampai nak terkoyak mulut. Punya la hepi nak bercuti kan. Musim cuti ni perkara yang sinonim sangat mesti la kenduri. Tak kira la kenduri kawen or tunang, kira semua orang dok pakat wat kenduri ja la. Tak ketinggalan juga, adik sepupu tersayang aku juga akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi. Yeye…yang penting aku jadi pengapit hokey. Hehhhe… aku bila lagi? Kekeke…kadang-kadang soalan tu bermain bukan sahaja dalam kepala aku malah dari mulut orang lain gak. Terdiam aku fikir. Akhirnya jawapan aku..”entah lah”. Bercakap mengenai perkara kahwin ni, aku ada pendapat aku sendiri berkenaan kelakuan ataupun reaksi sesetangah orang kita bila melibatkan bab kahwin a.k.a nikah. Tapi ingin aku tegaskan, tak semua orang kita camni k. Sebelum aku panjangkan tulisan aku ni, aku nak petik penekanan yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.A.W  bagi sesiapa yang hendak memilih pasangan. 

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 

“Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah.”
(Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Dan lagi satu…

Sabda baginda bermaksud: 

“Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa.”

Daripada sabda baginda, jelas sangat la yang kalau kita nak memilih pasangan kita kena cari yang beragama. Bukan setakat ada agama tapi tau pasal agama dan mengamalkan agama. Tak gitu? Tapi scenario yang aku lihat dan dengar di sekeliling aku skang ni amatlah berbeza sekali. Sat…awat aku skema sangat hari ni? Hahaha.hentam saja la labu. Kebanyakan orang-orang disekeliling aku ni, bila disebut bab kawin, akan kuar soklan yang lebih kurang camni bentuknya...

Untuk anak dara…

“ang nak menikah ni, ang dah tau masak ka Bedah? Gulai sebelanga pon tak tau nak wat. Nasik sekepoi pon ang masak jadi buboq…sok2 p umah mak mentua mesti kena kutuk. Ceh…wat malu muka aku ja…”

Untuk anak teruna…

“ni yang gatai nak menikah ni, duit dah cukup ka Leman? Aku tengok ang dok kuda moto cabok c70 tu ja dari pat taun lepas. Sok ada anak, ang rembat lak keta sorong aku…puii...memalukan kaum…”

So, apa kesimpulan yang ampa semua leh wat bila baca dialog drama melayu kat atas? Hurmmm…nampak sangat la bab agama langsung x disentuh. Pasaipa? Tu aku tak tau. Aku tak nafikan kalau nak jadi isteri kena la tau masak dan nak jadi suami kena la ada duit. Tapi dalam konteks yang aku nak fokus arini, kebanyakkan orang yang aku jumpa lebih pentingkan benda2 tu melebihi daripada garisan yang telah diunjurkan oleh Nabi kita. Dan satu persoalan lain yang bemain dalam kepala aku la ni…napa tiba-tiba aku nak tulis entry cenggini ek???kakakaka…..            

> Kembali membebel...


Dah lama sangat rasanya aku x menulis dalam blog ni. Sibuk sangat kah? Hehehe… kalau dalam definisi aku, leh la dikatakan sibuk. Sepanjang aku x menghapdetkan blog ni, macam2 benda yang dah aku lalui. Antaranya, berpraktikal di sekolah. Sekolah manakah? Hahaha..perkara yang aku takot akhirnya terjadi. Aku berpraktikal di SMK Telok Gadong, Klang. Sebenarnya sekolah ni tak ada banyak beza dengan sekolah lain. Apa yang aku takotkan adalah kegagalan aku untuk mengontrol bahasa aku. Aku ni kat memana pon nak cakap Kedah kan. Jadi bila p sana, tergeliat gak la lidah aku. Tp syukur aku akhirnya boleh menangani masalah tu. Pengalaman baru kat sekolah tu sangat la banyak. Pahit, manis, masin, kelat suma ada. Tapi kesimpulannya aku sangat seronok menjadi guru walaupun untuk waktu yang teramat singkat iaitu 6 bulan. Bulan pertama memang aku stress gila sebab aku ni kalau bab classroom management mmg fail sesangat la kan. Dan students lak macam2 kerenah. Kalau aku rasa ada students yang suka cara aku, hakikatnya berlambak lagi rasa meluat tengok muka aku. Sebabnya pendekatan aku kat pelajar sememangnya berbeza dan cam dalam adik beradik gak, ada yang mendengar kata dan  tak kurang juga yang ketegaq tahap dewa. Kalau nak cerita semua memang 5 pages la entry aku kali ni. Lain kali aku story lagi. Ni warm up ja. Hehehe… dah lama tak menaip kan. Selama ni cbuk taip lesson plan ja. Wah… guru cemerlang la kan. Harapnya sepanjang aku bergelar penganggur nanti, banyak la idea yang datang.. :-)