WELCOME....

IT'S ALL ABOUT YARNTZ...

Monday, December 12, 2011

> Permulaan yang baru...

Esok bermula semester baru..beerti dh 6 bulan aku berada di perantauan..kali ni aku balik awl ckit..selalunya aku akan sampai malam sebelum kelas bermula ataupon subuh2 yakni beberapa jam sebelum kelas..tapi kali ni aku balik awl..kelas mula hari selasa tapi hari hari ahad petang aku dah sampai..sbb pa?hehehhee..sbnrnya aku xtau ari isnin cuti..ceh....

Semester ni suma kelas kena rombak..maknanya esok aku akan bersama rakan2 baru..tapi nak kata baru sgt pon x la..sbb suma dah kenal dari mula2 blajar kat cni..cuma kelas ja lain..dan dek kerana kelas yang dah berubah ni, ramai la kengkawan pakat mintak ampun dan maaf lam facebook...aku???errr...

Meneruskan semester kedua beerti aku xsambung master la kan?YA...nmpaknya begitu mungkin..ada kawan2 yang bertanya..kenapa? xrugi ka? xsayang ka? xnyesal ka? dan jawapan aku...ENTAH LA...sebenarnya banyak perkara yang bermain lam kepala ni. tipu la aku x rasa rugi kehilangan perkara yang paling aku harapkan..cuma aku teramat letih nak pk suma ni ja..dan kepada kengkawan yang bertanya, aku rasa entry kali ni cukup untuk menjawab persoalan tu suma..

Sebenarnya hati ni mmg nak sgt wat master seterusnya accept TPM tu..tp tb2 macam2 perkara jadi..sebetulnya beberapa kawan suggest wat Istikharah sebelum ni...dan aku ada wat beberapa kali..tp x nmpak apa2 petanda..dan akhirnya time cuti sem baru2 ni, mcm2 mslh timbul..dan aku pk tu petanda nak gtau yang aku patut stay ngn DPLI..tp kdg2 terpk gak untuk trus berusaha kalau da rezeki..sbb aku xtau apa yg sbnrnya patut aku wat...

Tp lam situasi sekarang ni, pilihan terbaik adalah untuk trus'n kat cni..kadang2 aku ni jadi tamak..aku macam nak pilih dua2..betapa hati manusia ni xcukup ngn satu..skang aku dah paham napa laki nak kawen lebih dari satu..mungkin sukar untuk membuat pilihan..ewaahhh...hahaha..aaa...pasal masalah yg aku hadapi, rasanya xpayah la aku tulis kat cni..cuma aku nak org2 di sekeliling aku faham yg keputusan ni mmg berat untuk aku pilih..sumpah..aku sedih bila pk bnda ni...

Ok,ok..abis part sedey..hehehe..beberapa hari lagi, masuk tahun baru..bermakna umo naik lagi satu angka..hadui...dah 27 umo aku..azam tahun lepas tercapai x?yeah...sudah semestinya tidak kan..hehehehe...aku dan kurus macam x ditakdirkn bersama kot...mslhnya bukan setakat maintain, tp ni dah bertambah naik berat badan.hahaha..giler gemok aku skang ni...dan sempena tahun baru yang bakal menjelma ni, ada soalan yang bakal menjengah telinga..errr...sbnrnya dah ada pon org tya..nak tau apa soklan dia?






"yan, bila nak kawen?"
....................................
ceisssssssssssssssss


Sunday, October 30, 2011

> KAWAN...

Ini cerita tentang seorang kawan. Kawan yang bagi aku sangat memahami hati aku. Tapi hakikatnya aku tak pernah jumpa dia walaupon sekali. Itu semua x penting bagi aku. Sbb aku suka sangat berkawan dengan kawan yang satu ini. Walaupon jarak memisahkan, aku happy menghabiskan masa dengan dia dalam “alam maya” ini.

Ini cerita lama, cerita tiga tahun dulu. Aku xpernah sangka aku akan menerima kawan itu sebagai sahabat. Sbb aku menyampah ngn kehadiran dia. Lagipun hati cbuk nak melayan org lain. Tapi kawan ni sangat berbeza. Dia satu2nya kawan yang akan tegur setiap kali aku update status or tukar pic kat YM. Sumpah..xpernah ada lg org yang perasan semua itu. Kalau lam FB mmg dah jadi perkara biasa tp tidak lam YM. Lama kelamaan keramahan dia menarik perhatian aku.

Perbualan pertama tak seperti yg disangka. Ada sedikit perdebatan berikutan perbezaan agama. Tp tak ada niat menjatuhkan mana2 pihak. Sekadar memberi pendapat dan pegangan masing2. Kata sepakat aku dan kawan peroleh. Tidak akan ada lagi isu agama akan dibangkitkan selepas ini.

Masalah datang dan pergi. Hati aku ni kadang2 tak tertahan lagi. Tapi kawan yang bergelar sahabat sentiasa menemani dari kejauhan. Segala yang aku harapkan seringkali kawan ini ucapkan. Aku jadi kuat menempuh semua masalah. Kami berkongsi masalah yang seakan sama. Dan kadangkala berkogsi kesedihan dan air mata juga...semuanya berkaitan masalah hati dan perasaan..hehehehe…

Pernah sekali aku dan kawan berchatting dari malam ke pagi. Topiknya??? Hanya sekadar topic biasa..cerita zaman kanak2 dulu. Kehidupan kami berbeza. Tapi semua menarik untuk dibicara. Pernah kawan berkata kalaulah aku dan dia berkenalan dari kecil, mungkin kami ada tattoo friendship. Akhirnya pecah gelak jugak. Sangat tak mungkin semua tu.

Dalam kesibukan aku menghabiskan final year yang masih berbaki, tiba2 si kawan hilang tanpa dapat dikesan. Entah kemana dia menghilang. Aku tercari2 kawan ini. dimana dia? Akhirnya setelah lebih setengah tahun, dia kembali ke YM. Sapaan aku dibalas aneh. Kenapa? Kawan dah lupa siapa aku. Dia lupa segalanya. Aku sedih. Aku seperti hilang si kawan. Kerap kali aku menyapa dia. Tapi dia mmg x seperti dulu lagi. Tak ada lagi gelak ketawa n topik merapu.

Aku kembali sibuk. YM x lagi menjadi tatapan. Semalam aku menghabiskan kerja hampir jam dua pagi. Baru saja nak off lappy, tiba2 si kawan menyapa. Akhirnya aku habiskan masa hampir 3jam bersembang ngn kawan yang hampir aku hilang ini. gaya bualnya masih sama. Tp ada kelainan dan kekosongan yang aku rasa. Sememangnya dia x lg seperti dulu. Tapi kerinduan terhadap kawan lama ini terubat bila kadangkala ada sedikit persamaan antara dia yg BARU dengan yang LAMA...

Pagi tadi aku bangun dengan sedikit ingatan tehadap kawan. Aku berharap keajaiban berlaku. Aku nak sangat kawan pulih seperti dulu. Aku nak kawan ingat segala kemerapuan kami. Walaupon kawan hanyalah kawan cyber aku, tapi aku suka berkongsi dengan kawan seperti dia yang sangat memahami.

MARX...semoga cepat sembuh..kalau pun tidak sesihat dulu (seperti yang awk katakan), cukuplah sekadar menjadi MARX yang dulu..”

To: MARX brad MICHAEL pitt (salah satu nama merapu si kawan)..hehehe..

Tuesday, July 26, 2011

> Dendang Perantau

Cepat btol masa berlalu, sedar tak sedar, dah minggu ketiga aku berada di perantauan. Best x dok kat cni? Setakat ni Alhamdulillah ok coz sumanya berjalan lancar. Kawan2 yang agak memahami dan ada yg satu kepala. Suasana hostel biasa la kan. Mandi kena tunggu turn mmg dah lumrah. Hehehe.. tp aku jenis bangun awal sbb x sabar nak menunggu org lain. Jadinya masalah camtu x la terasa sgt. Tp kadang2 part nak menunggu bas mmg bosan ckit. Kalau pg, mmg ok la sbb mmg bas sentiasa ada menanti. Kalau kelas petang yg payah sbb bas x tentu. Penah sejam lebey aku & kawan2 tunggu. Napa x naik rapid? Hehehe.. sbbnya xpenah cuba lg naik rapid. Setiap kali nak naik bas, ushar kawan2, cukup 4 org..pa lgi..jom..naik cab ja la..hehehe.. kalau naik rapid bas dari kolej aku nak ke tempat aku blaja, kena tukar bas lak. Sbb tu aku nak nek bas uitm. Tambah2 ada kawan2 yg agak ramai, so kami suma mmg nekad nak gunakan perkhidmatan yang free ni. (hari ni plan lg nak try naik bas rapid, tp tetiba terjoin kawan nek keta lak..hahaha)

Sepanjang hampir tiga mggu berada di sini, baru sekali aku balik. Sbb pa?hehehe..sebab utamanya 16 Julai aritu besday aku..dan amatlah kebetulan sekali sebab aku kena balik untuk amik sign penjamin2 untuk program aku ni. Berbaloi kan balik camtu? Aaa…nak cita lak pasal balik kg. aku balik kg x lama. Lam 3 hari ja. Tp sonok la gak sbb sampai aja, mak dah bg dwet suh beli kek wlupon esoknya baru la besday aku. Ngada2 kan aku? Siap pilih kek sendiri. Dan keesokan harinya aku agak cbuk uruskan macam2 hal. Tp tetap gak dapat hadiah. Pemberinya? xleh la mention kat cni. Tp ni la hadiah yg paling aku suka. Mak kata macam budak2, tp aku x kisah sbb aku minat sgt2 Transformers.

*ni la kek besday aku..err..sm cam tahun lepas pya..hehehe..


*hadiah paling aku nak sbb x cukup bugdet nak beli robot yg real..mmg semangat aku ngadap benda tu berjam2..


*tadaaa...ni lah hasilnya..

Seminggu lagi Ramadhan bakal menjelma. Yg x bestnya aku x balik kg..huhuhuhuh...sedeynya..tp aku dah plan nak balik mggu yg satu lagi kalau dwet lam poket ni mengizinkan..harapnya dapat la aku balik kg at least sekali b4 cuti raya nnt kan..nak link boh lagu Dendang Perantau btol2, satni aku lak yg sedey..hahaha...ok la..mata dah ngantuk ni..bebila free aku update lg..tata...

Wednesday, July 13, 2011

> Rezeki oh rezeki...

Hari ni genap lima hari aku bergelar pelajar lagi. Sambung study? Lebey kurang camtu la. Dalam entry yang sebelum ni, aku dah tau aku dapat cikgu kan. So, pada 9hb Julai 2011 aku pon mendaftar sebagai pelajar kembali di UiTM Seksyen 17. Beberapa hari sebelum aku mendaftarkan diri, sekali lagi aku mendapat berita gembira bila aku dipanggil menduduki exam untuk jawatan PTD yg bakal diadakan pada hari lahir aku. Tapi mengenangkan yang jalan yang aku pilih hari ini sudah pasti arah tujunya dan cabaran untuk bergelar PTD, aku wat keputusan untuk tidak hadir ke exam tu.

Dan hari ini sekali lagi aku mampu tersenyum sebab aku mendapat tawaran menyambung pelajaran di peringkat MBA dan akan mendaftar pada bulan depan. Aku terima or x? errrmm…agak berat aku nak wat keputusan memandangkan aku belum lagi mengikat sebarang perjanjian dengan program yg aku jalani sekarang. Lama aku termenung memikirkan jalan yg perlu aku pilih sebab kedua2nya impian aku. Menjadi pendidik adalah cita2 aku sejak kecil. Tapi mungkin rezeki tidak menyebelahi aku sebelum ni dan application aku lepas SPM and Diploma untuk jadi cikgu tak berjaya. Dan pada kali ketiga dan di saat aku sudah memegang segulung ijazah yg dah lama aku idamkan, Tuhan memberi peluang yang setelah sekian lama aku nantikan. Dan hari ini, aku bergelar bakal CIKGU!

Macam mana lak ngn master? Seikhlasnya aku mmg sangat2 berharap untuk menyambung pelajaran ke peringkat itu malah kalau diizinkan Tuhan aku nak ke peringkat yg lebih tinggi. Masalahnya sekarang aku masih lagi x dapat biasiswa. Kalaupon aku berjaya, masa tu aku dah sign perjanjian untuk program cikgu ni. Jadi setelah berfikir sejenak dan mempertimbangkan baik dan buruk segalanya, aku tetap ngn keputusan aku hari ini untuk menjadi cikgu. Dan kalau diizinkan, aku akan mengejar cita2 aku yg satu lagi tu.

Napa aku cita suma ni? Dah la entry aku kali ni agak skema kan. Hehehe..bukan nak poyo, tapi aku nak kongsikan satu perkara yg sebelum ni selalu sangat nenek aku cakap masa aku tengah stress tahap gaban xda keja walaupon baru beberapa bulan grad. Macam gak org lain, aku mmg susah hati bila x keja memandangkan umur dah makin meningkat dan pengalaman keja yg tersangat la kurang. So, nenek nasihat suh aku apply apa saja kerja atau pon sambung belajar. Walaupun agak bosan menunggu ditambah lagi ngn dwet yg semakin kritikal aku tetap gak apply keja2 dan dalam masa yg sama apply untuk further study. Nak tau napa nenek aku kata camtu? Nenek kata, hidup ni ibarat menahan jerat. Kadang2 kita langsung x dapat apa2 hasil. Dan kalau memang dah rezeki kita, peluang tu itu aku akan datang malah kadang2 bukan satu tapi lebih sampai kita terpaksa memilih yg mana terbaik untuk masa depan kita.

*Ni la nenek aku...style x?

Hari ini baru aku nampak suma kebenaran di sebalik kata2 nenek tu. Dan kata2 tu akan tetap akan aku kongsi dengan orang lain. Sesungguhnya kesabaran kita ni akan dibalas ngn sesuatu yg kita x penah jangka. Hehehe.. kadang2 aku tersenyum lagi mengenang suma tu. Errr…camna hidup aku kat cni? Nangis x aku? Hahaha..mesti la kan..nnt aku update lg..daaaa…

Tuesday, July 5, 2011

> Aku & Dia

Dia???Siapakah dia?
Semestinya pujaan ati aku..sila tgk kat bawah ni…hehehe…

Sebenarnya entry ni aku wat sebab aku nak cita pasal Transformers..walaupon dah agak lewat aku tgk cita tu (selepas dah hampir seminggu ditayangkan kat wayang), tapi xsalah rasanya aku nak cita ckit pendapat aku pasal cita ni. Aku dah follow Transformers ni dari yg 1st lg. Lam tiga movies yg aku dah tgk ni, bagi aku yg pertama la paling best. Ye la..masa tu idea byk lagi..jalan cita best dan action pon sangat2 menarik. Yg no 2 pon not bad. Tapi kalau nak compare yg 2 (revenge of the fallen) ngn yg no 3 ni (dark of the moon), bg aku aksi yg no 3 ni lg best walaupun muncul dipertengahan cita. Tapi jalan cita suma sama ja rating dia (bagi aku la ek).

Hadoi..stop comparing la k..aku nak cita pasal cita yg aku tgk td ja..aaa..sebelum tu, aku nak gtau yg aku x tgk yg 3D..mula2 konon kedekut..pas abis tgk, rasa cam nyesal pon da..kalau ada masa, rs cam nak tgk versi 3D lak..kehkehekeh..lg la byk kuar dwet kan..bijak..bijak..

Ok, berbalik pada movie td. Beginning cita ni agak bosan ckit. Sbb byk bnda sgt depa nak gtau sampai kekurangan aksi dari Autobots. Tapi ya la kan, kalau dia x cita panjang mn nak faham ending dia lak nnt. Hehehe…tp kan dah filem aksi, for sure la aku tertunggu2 part yg menarik tu. Dan bila sampai part aku tunggu2, mmg x berkelip la mata ni. Tp yg aku x tahan, part konon2 Autobots ni diletupkan lam roket pa ntah. Mmg frust gegila time tu. Cam nak balik umah trus ja. Hahaha. Lagi satu, yg paling xtahan aku leh berair mata tgk cita tu. Sbbnya masa Bumblebee konon2 bakal diletupkan oleh geng Megatron tu, si Sam ni menangis. Alahai..hero hensem nangis..aku lak yg bergenang air mata. Hahaha. Mak aku mmg gelak bila aku gtau. Nak wat cmna kan, dah nak sedey. Mana nak leh tahan2 air mata ni. Ewaahhh…

Tapi ada beberapa part lam cita ni yg wat aku tergelak sendiri walaupon bukan niat incik producer nak wat lawak pon. 1st, part robot jahat (aku xtau nm dia..hehehe) kena tembak kat mata ngn askar2. Masa robot tu melalak kata dia x nampak, suara robot tu tetiba jadi x ganas. Hehehe..mengapakah begitu? Biasanya suma robot lam cita ni bersuara garau n macho. Xsangka lak aku bila robot terpekik lain lak suara depa. And part len yg wat aku nak tergelak bila Megatron leh terpedaya ngn hasutan awek (Carly@Rosie Alice Huntington-Whiteley) yg konon2nya kepimpinan akan jatuh kat Sentinel Prime. Wah, hebat sungguh kuasa wanita sampai robot pon leh caya ek.

Hahaha..penat dah aku review balik cita td. Untuk yang belum menonton, ada masa lagi. Mmg berbaloi tgk cita ni. Bg yg xtgk lagi movies2 Transformers yg sebelum ni, p la cari DVD supaya lebey enjoy menonton filem ni. Rating yg leh aku leh bagi secara peribadi adalah 4.5/5 stars. Mn lagi 0.5? Hehehe..aku tolak sbb lambat sgt aku tggu depa beraksi. Bagi yg mmg dah ada plan nak p tgk cita ni, SILA TONTON DALAM FORMAT 3D! Kalau x, ampa suma akan menyesal cam aku. Hehehe..

*ni aku nak wat iklan ckit..hehehe..

Friday, July 1, 2011

> Merapu lagi...

Arini mood aku nak mengarang dan mengarut datang lagi. Hehehe.. saja nak ceritakan apa aku buat selama 2bulan lebey aku menyepi ni. 2 hari pas balik dari Langkawi aritu aku dapat p exam Medsi. Agak kalut gak aku sebab aku sampai umah ari khamis petang. Ari jumaat baru terkocoh2 mencari buku rujukan n pagi2 sabtu lagi dah masuk exam tu. Seminggu lepas tu, aku n kawan baik aku p SARAWAK..hahaha..sangat best..mmg yg ni aku n baya dah plan dari bulan 3 sebab km beli pakej ni kat kat Matta Fair. So, pada malam 9 May, kami pon naik bas menuju ke Shah Alam..aik???napa Shah Alam? Sebabnya esok tu kami kena amik jubah untuk convo yang bakal berlangsung pada 15 May 2011. Ok, pendek cita, kami dorang selamat sampai Sarawak. Mmg redah ja time tu. Dah la xtau jalan, leh lak sewa keta n merayau. Tp xbyk la tempat kami dorang p memandangkan pengetahuan n masa yg agak terbatas.
*Sarawak..best..best!!

Balik dari Sarawak, kami trus get ready untuk convo lak. Masa grad, mmg muka aku burn habis hasil dari vacation aku kat Sarawak tanpa pakai sebarang pelindung muka..hehehe.. xpa la..janji dapat scroll degree dah la kan..
*Tgk la betapa berkilatnya aku..hekhekeh...

Tapi memang best sebab leh jumpa balik kengkawan time ngaji dulu. Ewwaaahh..macam la umah jauh sgt kan. Mmg x jauh, tp masing2 dah cbuk n ada yang dah keja. Pas abis convo, dek kerana beberapa perkara, aku tumpang baya balik. Tp mak aku lak xda coz dia singgah umah abg ipar aku sebelum balik. Jadi, aku terpaksa la menumpang umah andak aku kat Butterworth. Tapi bukan sehari, 2 hari 2 malam aku kat sn. Over beno kan. Dah dok sn, byk lak agenda aku. Salah satunya aku ikot fmly andak aku p BBQ kat Pantai Merdeka. Ni gathering cikgu2 skola andak aku sebenarnya, tapi aku ngikut sbb anak dara andak aku pon da sama. Best gak makan2 mengadap laut walupon cuaca agak panas.

*Panas terik..makan ice cream 2 minit dah cair...

Balik dari umah andak, aku membela badan kat umah ja. Ada gak apply keja n menanti penuh harap. Dan ujung bulan May, aku dapat tevew cikgu. Kiranya aku lulus la exam Medsi aritu. Yeeehhhaa...epi toi aku. Pas aku p tevew, aku balik kg dok ngn nenek aku. Dekat sebulan gak. Lam dok sja tu, terpk gak kat mn la aku nak keja nnt. Apa aku akan jadi lam masa beberapa tahun akan datang. Aku mengharap dapat cikgu. Lam masa yg sama mengharap gak dapat biasiswa TPM untuk aku smbung master. Dua2 aku suka sebab dua2 masuk teaching line. Aku mmg nak jadi pengajar dari kecik lg. Ermm...aku menanti n trus menanti..ceeewahhh...

Last week aku balik SP..check online..tgk2 dapat cikgu..Alhamdulillah..mungkin inilah dikatakan rezeki. Aku wat keputusan nak masuk sbb bagi aku, mana yg datang dulu itu rezeki aku. Tu kata cikgu aku masa aku abis SPM dulu. Kdg2 mmg banyak pilihan untuk kita. Dan kadang2 suma pilihan yg kita ada tu kita suka n nak. Tp bagi aku, mana datang dulu adalah yg dah ditakdirkan untuk menjadi rezeki aku. Ooppss...tolong jangan apply prinsip ni dalam mencari jodoh ok..hahaha..next week aku dah kn daftar..cmna agaknya p tempat baru..sekali lg..memulakan hidup baru..sekali lg..dan bertemu dan membina hubungan baru ngn kawan2..sekali lg..mudah2an segalanya dipermudahkan..Amin...;-)

*Motif gambar ni?? xda papun..ni mak aku bg masa convo aritu..kawan aku cakap skang ati aku berbunga2..errr..mgkin camni agaknya kan??hehehe..

> Memilihkah aku???

“ Dah ada bf lum?”..soklan camtu dah banyak kali bertandang kat telinga ni. Dan setiap kali jawapan aku “tak ada”, akan ada respon yag kadang2 xsedap didengar. Biasanya org yang bertanya tu akan jawab camni..”ala..ang memilih sangat kot”…ermm..memlilih ka aku ni? Kadang2 memang ada betulnya. Tapi kalau nak pk secara logik, x mungkin kita leh terima sesuatu yang kita tak berkenan. Selalunya sikap menjadi faktor utama dalam pemilihan aku. Rupa?err..aku tgk gak..tp berpada la ngn aku..x la memlilih sangat bab rupa ni..asal sedap mata memandang ja.

Ok..berbalik pada isu tadi. Ada bebrapa sikap yang aku tak berkenan pada lelaki2 yang aku kenal. Dan acap kali sikap tu bukan satu, tapi gabungan dari beberapa sikap yang x brapa aku berkenan. Aku x mau listkan sikap2 tu in general macam penipu, pemalas etc. Tu dah macam baca buku PETUA MENCARI JODOH YANG BAIK lak (ada ka buku tu?)..hehehe..apa yang aku nak tulis kat sini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri sepanjang lebih dua dekad aku hidup ni..

1) Rasa diri dia aja yang bagus...errrr..bagus sangat ka?

Yang ni memang wat aku super nyampah kat dia. Penah sorang sepupu rekeman aku kat sorang mamat yang rasa diri dia bagus sangat. Lam perbualan pertama lam phone, dia nak cita suma kebaikan dan kehebatan dia. Dia aja la p semayang jumaat kat masjid negara, dia aja la yg dengar ceramah agama, dan dia ja la paling hebat. Memang la suka kalau laki tu bagus, tp ni nak tunjuk bagus sangat. Benda2 camtu xyah cerita sbb nnt2 org leh tau gak. Paling x tahan, perangai tergedik2 dia tu xmelambangkan apa yg dia cerita. So, nilai la sendiri? Fakta ka auta kan..

2) Mengada2 and manja...arrgghh..tensen aku.

Yang jenis ni lak selalu wat aku tensen ja. Aku rasa aku ni jenis ngada2 n manja gak. Tp sesuai la pompuan kan. So, aku sangat2 la xleh terima org laki yg mengada2 tahap gaban camni. Byg kan la, ada sorang mamat ni suh aku ajar dia nak install menda pa ntah lam lappy dia. Aku ajar la. Tp dek kerana kebebalan mungkin, benda yang senang xmenjadi gak. Aku leh sabar lg. Paling x tahan, dia marah n lepaskan geram kat aku. Membebel macam aku ni punca masalah dia. Aik..aku ka dia yg buta IT? Dan lagi satu, org jenis camni sangat2 la sensitif. Paling lawak bila on fb, dia bayang suma fren lam list tu akan chat ngan dia. Hehehe..gilo pa? Pastu wat ayat kecik ati n perli2 aku lam fb sbb aku x msg dia. So, untuk memudahkan hidup, aku remove ja ngn dia dari fren list aku...nnt aku dah x appear kat wall n chat list dia lg..hahaha..

3) Merajuk dan minta dipujuk..wadapoyo la.

Versi kuat majuk ni adik beradik la ngn yang ngada2 and manja. Tp yg jenis ni suka nak majuk xda sebab. Selalunya yg jenis ni x la suka wat masalah meleret2 cam yang ngada2, tp still nyusahkan hidup aku. Penah aku kena. Dia ada problem ng org len, pastu tetiba merajuk ngn aku. Kdg2 suh aku pujuk lak tu. Plis la..xkuasa aku nak melayan. Anak buah aku pon jarang aku nak pujuk, ni lak org luar. Hakhakahak...xrela nyah...

4) Geli2..ermmm..(untuk bacaan 18 tahun ke atas ok).

Hahaha..title pon dah menyampah aku rasa. Yg kaum jenis camni mmg selalu sangat la aku jumpa. Pelik tol aku ngn dunia ni. Nak tau cita dia? Selalunya bermula ngn kenal2 dulu. Then gayut sekali dua. Pastu tetiba dia tya bukan2..”err..awk pakai baju pa malam ni?” @ “awk..sejuk la”..leh paham dah kalau laki intro camtu kat aku..apa nak kisah kalau aku pakai baju papun. Lagi satu, umah xda selimut ka sampai sejuk pon cbuk nak merengek kat aku. Byk lg la versi yg nyakitkan ati. Tp aku rasa contoh tu dah cukup untuk wat org nampak sbb aku aku reject sesetengah lelaki.

5) Pandang orang lain lekeh..cit..

Yang ni baru sekali aku kena n mamat tu bukan kata kat aku pon. Tapi aku still x suka. Cita nya camni, aku da sembang ngn seorang mamat yg kawan aku rekemen. Tetiba tercerita pasal sorang kenalan aku yg keja jauh n x dapat pindah dok dekat ngn isteri dia sbb tuntutan keja. Tetiba ja mamat ni cakap camni...”ala..pa sangat la keja kat company tu, bek berhenti ja cari keja dekat ngn wife dia”...incik..mmg company tu besa2 ja..tp jawatan kenalan aku tu bukan lekeh sangat ok..gaji pon dah lebat..nada suara mamat ni mmg nak memperlekeh kenalan aku tu. Heran tol aku. Jgn la igt suma org jadi kuli cam ang ja ok..tgk..aku lak dah perlekeh dia..patut aku kdg2 kena reject gak..hahaha...

6) Kuat berangan..hadoi..drama ka apa ni?

Kuat berangan ni xbawa masalah..tp kdg2 terfikir, betol ka mamat ni?? Ish..susah ati aku..hahaha..byg la..aku kat kedah..dia lak jauh nun ni negeri lain. Tetiba dia kata “malam ni kita dinner sesama ek” @ “malam ni saya amik awak tau”..wah..magiknya..cam superman lak..mula2 terkejut bewak aku..lama2 aku tau mamat ni ada imiginasi yang tak tercapai akalku...hahaha..sabo ja la..

7) Terlalu main2..hello..aku ni perserta Raja Lawak ka?

“Pastu...err....” dan mamat ni dengan pantas memotong “pastu three”..cis...banyak kali gak kena ngn org camni. Mmg aku xkisah. Tp tgk la topik perbualan. Kalau aku tgh cita bnda lawak2 lain la. Ni isu politik + hidup n mati pon nak wat lawak. Mmg potong crita aku kalau org jenis ni menyampuk. Kalau sekali leh gak wat2 senyum. Tapi kalau dah 15x aku kena, rasa cam ringan ja kaki aku...hehehe..konon ja la..aku x seberani tu la..tp mmg nyampah kan kalau hidup asyik nak main2. Mmg betul sesekali kena da gak lawak. Tapi kalau sepanjang hidup melawak, leh serabut aku..silap2 org mati pon dia gelak..bukan leh caya org camni..ish..blah dulu la..

8) Amik kesempatan...eeeyuuu...

Oleh kerana aku seorang perempuan, mmg kerap kali la aku kena ngn org camni. Terbaru aku kena masa praktikal kat Langkawi. Aku ada kenal sorang org Iran yg mcm xda arah sbb baru ja sampai sn. Aku yg konon baik budi ni (sebenarnya leh makan diri) tolong la dia cari teksi n ntah camna, ngan aku sekali kena ikot p tunjuk tempat yg dia nak p. Dah macam tourist guide aku ni. Masalahnya bukan ngn laki Iran tu, tapi ngn mamat teksi tu. Mula2 dia hulur tangan nak salam. Dan demi xmau malukan dia depan Iran tu, aku sambut gak. Tetiba mamat teksi kata “lembutnya tangan adik ni” sambil tersengeh dengan rupa yg sangat2 la mengerikan. Siyes takot. Hahaha..nasib aku selamat sampai n sejak dari ari tu, kalau dia mai ke tempat aku praktikal untuk bawa guests, sure aku gabra n cari jalan nak bg dia xprasan aku. Hahaha..lega tol aku dah x dok sn..

9) Aku kena bersusah payah untuk dia..dia???

Penah x ada sorang kenalan nak jumpa, tetiba dia order ja suh kita yg amik dia kat umah. Hahaha..yg ni wat aku rasa cam drebar bas pon ada. Wah..wah..senang2 ja suh aku amik dia padahal dia yg hegeh nak jumpa aku. Bukan aku berkira. Tp kalau dia pon tunjuk ckit effort tanda kesungguhan dia nak jumpa xpa gak. Ni x..cam order pizza ja lagaknya..dan dia x tau aku ni pya la takot kalau nak drive..hahaha..mimpi la kalau nak suh aku amik..kehkehekeh...

10) Layan aku cam tentera..kiri..kanan..kiri..kanan..

Finally, sikap lelaki yg terlampau tegas n nak aku ikot suma cakap dia. Pengalaman ngn laki camni penah sekali aku kena masa tahun 2006 kalau x silap. Bila aku majuk (pompuan mmg standard la majuk kan...hehehe) dia xkan pujuk. Dia kata kalau ikhlas nak kawan n kawen, watpa nak majuk2 n gaduh2..huuwaaa...betapa x indahnya hubungan camtu...dan dengan itu, aku hanya bertahan 2 bulan ngn dia. Yg paling aku xsangka, dia x menunjukkan apa2 reaksi masa aku mintak putus...wah...sangat keras hati dia..tp xpa la..at least crita aku ngn dia x meleret2..pastu, kami dah x contact or jump sampai la ari ni...

Hamboi aih..byk lak aku list..10 dah la ek..nnt makin ramai org kata aku memilih. Ntah la, terpulang pada diri masing2 nak menilai. Mungkin ada yang boleh bertolak ansur ngn sikap2 yg aku gtau kat atas. Dan mungkin ada gak yang sama macam aku. Bukan aku x penah cuba nak terima suma tu, tp bila dah terlalu kerap kena aku jadi fed up. Letih menjaga ati org lain sampai aku lupa pasal hati sendiri. Daaaa... ;-)

Thursday, June 30, 2011

> Langkawi dalam kenangan...

Dasat lak aku rasa bila letak tajuk camtu..cam zaman 80an pon da gak kan..ok la ngn cita aku yg agak basi ni..mn taknya, dah hampir 2 bulan aku abis praktikal kat Langkawi, tp baru hari ni aku mula menulis entry pasal kehidupan aku selama 2 bulan kat pulau lagenda ni..
sangat lambat kan?

Tak ada banyak benda yg menarik berlaku sepanjang aku kat sana. Sebabnya? Aku n kawan2 kerja dari jam 9am-6pm. Time balik memang ditunggu2 sebab nak berehat sepuas2nya. Ada gak masanya kami suma merayau pas abis keja, tp biasa la kan, dah nm pon tempat org mesti beringat. Nak balik lewat sgt mmg x brani. Cuti?? Hehehe..seminggu sekali ja..kiranya dapat 8 hari cuti untuk 2 bulan. Tp kebanyakan cuti aku dihabiskan untuk balik kg memandangkan kerinduan kat family n kdg2 dapat tevew.

Bercerita pasal tempat praktikal, mula2 memang agak pelik bagi aku untuk kerja kat tempat yang ada banyak binatang memandangkan aku bukanlah pencinta binatang. Memang geli abis tambah2 kalau ngan binatang yang berbulu.
Arkus? Arnab? Monyet? Burung?
Oooo...terutamanya ular sawa..eeii..sgt
geli.. Paling x tahan bila aku alah ngn arkus smpai gatal2 badan. Tapi pas 2 bulan berada kat sana, aku dah mula berani ngn binatang. Arnab paling aku suka sbb baru aku nmpak arnab tu cute. hehehe..sumanya sebab tempat aku praktikal ni terlibat ngn sambutan Easter Day yang diadakan di beberapa hotel kat Langkawi. So, mau atau x, mmg terpaksa la pegang arnab kan..hehehe..tp arkus memang aku x brani sampai aku balik cni. Dan hari terakhir merasa gak ular sawa lepak atas tengkuk aku(tu pon org yg letak..hiishhh..geli toi).

*ni la binatang yg nmnya arkus..
tp nmpak kengkawan aku ja lebey kan??

*ewaahh...helang pon brani tau..

*ni 1st time aku pgg arnab camni..

*gambar aku n ular ni xda lak..hahaha..

Ok, setel bab tempat praktikal. Owh, sebelum terlupa, aku praktikal kat Langkawi WildLife Park a.k.a Taman Burung. Kat sn aku n kengkawan dok kat umah yang disediakan company tu. Umah kg ngn 1 bilik aja. Tapi ok la sbb org bagi kan. Tapi mula2 serabut gak bila dgr papan lantai berbunyi setiap kali ada yg melangkah. Bab makan, mmg kami jarang masak. Lam peti ais suma penuh ngn makanan x berkhasiat ja. Kdg2 ja aku n baya bedal nasi goreng c farah.hehehe.biasanya kami suma makan luar..ye la..org bujang..

Tp kat Langkawi ni, bagi aku makanan memang agak mahal kalau nak compare ngn tanah besar (standard harga kat utara la ek). Penah sekali aku tgk ikan keli goreng (saiz kecik ja) berharga RM6. Satu lagi, kat sn sangat payah nak mencari makanan yg leh memenuhi citarasa tekak aku n kawan2. Aku ni jenis suka cari info lam tenet, so aku search la tempat2 makan yg menarik kat sn..tp..ermmm..faham2 sendiri la ek.. Aku xmau cita sangat bab makan ni sbb setiap org ada selera yg tersendiri. Mungkin aku ni yang memilih kot.

Yg bestnya Langkawi ni jalan dia x byk traffic light. Tp bagi penunggang motor cam aku, takot gak bila bersaing ngn keta yg laju2 tu suma. Ya la kan, dah jalan xda stop, suma pakat memecut la. Ada lagi satu yg agak menghairankan aku ketika berada kat jalan raya di Langkawi ni. Nak tau pa dia? Aaaa..setiap kali aku n kengkawan merayau, mesti terserempak ngn lori sampah. Tak kira masa la.. Pagi, petang, siang or malam. Bagus betul depa keja semata2 nak memastikan pulau tu bersih.

Sepanjang aku kat sn, x banyak tempat yg aku lawat. Cuma hujung2 praktikal kami suma sempat mencuri masa berjalan2. Aku malas nak upload gambar, so kalau nak tau mn aku p, tgk la lam fb aku ek (Yarntz Nabihan - untuk yg add aja..hehehe..)

Sebenarnya banyak lagi crita2 aku kat sn. Malam ni aku just cita secara general ja. Kalau nak cita satu2, mau sampai pagi la aku kat depan laptop ni..hehehe..ok..bg sapa2 yg x penah p Langkawi leh la p sana sbb org2 kat sana mmg baik n peramah. Tempat2 pon agak menarik. Dan bagi yg tau dulu aku penah nangis nak balik umah. Bukan pa, hati aku xda kat sn. Pulau Langkawi mmg satu destinsi yg best untuk dilawati tp bukan untuk didiami. Ni pendapat peribadi aku. Sebabnya aku x gemar sangat tempat yang jadi tumpuan org ramai. Tapi mungkin tidak bagi org lain. Jadi, terpulang pada individu untuk menilai..

> Hari Malas Sedunia

Huuuuuuuuhhhhh…satu keluhan yg sangat panjang…lama betol aku cuti dari update blog aku ni..ya la, sempena menyambut Hari Malas Sedunia kat atas katil bertemankan bantal busuk n selimut hapak..hahaha..idea dok lam kepala, tp kemalasan melanda..

Sonok gak bila xda benda nak wat sbb byk sangat masa untuk tido, tido n trus tdo..tp bila tgk pipi makin tembam, badan semakin bulat n muka semakin sembab, baru tersedar yg dah lama aku membuang masa tanpa wat pa2 aktiviti..so, malam ni aku nak update blog la..hehehe..ni intro ja...entrynya pas sejam baru siap..mungkin...;-)


Thursday, April 21, 2011

> Kebetulan...

Udah lama beno rasanya teman tak menulis lam blog ni..teman???err..ni penangan cita antu kak limah la ni..konon2 nak update la cita pasal langkawi, tp sbb masalah tenet yg terhad kat cni, terbantut gak la niat aku..hanya baru2 ni aku dapat password untuk wifi kat cni..huhuhu..elok la..ckit lg ja nak abis praktikal...


Arini aku xmau cita pasal langkawi lg sbb byk sgt topik yg berkaitan pulau nan satu ni..nnt2 la aku wat entry lain untuk cita pasal langkawi ni ja..arini aku nak cita pasal "kebetulan".aaaa..aku mmg suka sesuatu tu jd secara kebetulan or aku sendiri x jangka..time tu rasa besar btol kuasa Tuhan dalam menentukan sesuatu yg kita sendiri xpasti akan berlaku..ewwaah...

Ok..kasi pendek cita ek..aku dapat tevew kat shah alam..dan macam besalah, aku menggunakan pengangkutan awam iaitu bas untuk ke sana (awat ayat aku skema ek???hehehe)..dengan bertemankan mak aku yg sentiasa setia menemani anak bongsunya yg penakot tahan gaban ni, km berdua pun selamat la menaiki bas yg agak lambat n lembab pergerakannya..bayangkan la..dari alor setar (sbb aku kan dari langkawi) ke shah alam mengambil masa 9 jam..perrghhh..dah macam p terengganu lak aku rasa...mmg cam cpot tuuttt btol bas tu..huhuhu..

Dan kenyenyakan tidur aku lam bas tu terjaga bila tb2 bas tu stop kat hentian duta..aku n beberapa penumpang lain di minta naik ke bas yg bersebelahan..alasannya sbb dorang dah x masuk shah alam..aku pon lam mamai2, angkut la beg segala bagai n naik ke bas yg satu lg...aaa..bas ni best ckit..speed agak ok..keselamatan semasa memotong mmg terbaek n km suma sampai shah alam kurang dari setengah jam..tp yg x bestnya, bas ni just stop kat tepi jalan berdekatan stesen bas..maka terkocoh2 la aku angkat beg..dan sebagai anak yg baik, of course la aku akan angkat sebahagian beg yg ada untuk xmau nyusahkan bonda tercinta..ewaaahhh..blah la yan..hahahaha...dan tiba...aarrggghhh..tidak!!!! sweater kesayangan aku dah tertinggal lam bas yg dah pon blah sebaik saja km suma turun..masa tu aku mmg sedey abih la..bukan x leh beli lain pon, tp mgkin byk kenangan ngn swaeter aku tu..malam tu, sampai tdo pon aku mimpi..yg bestnya aku mimpi dapat balik bnda tu..hehehe..mak aku kata, kalau da rezeki dapat la..huhuhuhu..time tu aku pk mmg mustahil la kan..

Esoknya, tevew aku berlangsung ngn agak lancar n berakhir jam 1.00 tghri..aku pon trus ke stesen bas sbb nak beli tiket balik lak..aaa..lupa nak gtau, aku tumpang umah ateh aku kat sn..ateh aku siap cuti sehari untuk antar aku p tevew..thanks ateh..mmg pak2 n mak2 menakan aku adalah yang terbaik lam dunia ni..ok..sambung cita td..kat mn ek??lupa dah aku ni..hehehe...

Aaa..aku beli tiket..bas aku kul 5.30 ptg..aku skip trus la ek..hahaha..letih dah menaip ni..bas yg aku naik tu berhenti rehat dekat bukit gantang kira2 kul 10 malam camtu kalau x silap aku..aku yg agak kelaparan p la makan ngn mak aku..masa nak naik bas semula, mak aku tetiba nak amik beg yg letaknya lam perut bas untuk di bawa naik ke atas bas..tp sbb kudrat aku yg x brapa nak larat ni, aku xberjaya la buka perut bas tu..mak aku decided nak tggu drebas bas aja..so, aku pon lepak2 la tepi bas tu..tetiba aku terpandang bas sebelah sangat2 mirip bas yg aku naik dari jalan duta ke shah alam sehari sebelum tu..aku igat plat no dia separuh ja..berbekalkan rasa nak tau yg teramat sgt, aku tya drebas bas sebelah tu pasal sweater aku n syukur mmg tu la bas yg aku naik n mmg pakcik tu simpan sweater aku..pastu aku mmg jadi bahan usik pakcik tu la..

Abis kat ctu, aku pon ngn rasa yg sangat hepi trus naik bas yg satu lg pas amik barang2 dari perut bas tu..tetiba sekali lg drebar bas wat announcement yg kena tukar bas..aku yg nak turun a.star ni kena baik bas sebelah (bas yg sama aku naik dari jalan duta-sampai tertinggal la sweater aku)..hahaha..lg la aku kena gelak ngn pakcik drebar tu..part paling sedey bila mak aku naik bas lain sbb mak aku nak turun sg petani..huhuhuhu..meleleh air idong aku..dan dalam kul 1, aku selamat sampai a.star..masa turun tu, sekali lg pakcik drebar tu dok usik pasal sweater aku..nasib baik pakcik tu pon baik, ok n peramah..aku sengeh ja la..

Neway..aku nak ucapkan time kasih kat pakcik drebar bas ETIKA ekspress yg sgt baik, peramah n memandu secara berhemah tu..mmg terbaek la pakcik..bas tu pon blah meneruskan perjalanannya ke kangar..bye..bye..bas yg best+pakcik drebar aka penyelamat sweater sy...hehehe...abis cita.."kebetulan "yg btol2 best..tevew aku cmna?3 bulan lg baru tau result..tawakal ja la aku..

Saturday, March 5, 2011

> Sabah bah...

Rasanya dah lama aku tak menulis lam blog@diary ciber aku yg bisa dibaca oleh sesapa aja ni..hehehehe..sampaikan cik dstickynote pon dah bertanya napa la aku dah lama tak update blog ni. Bukan tak da masa tapi mungkin terlalu banyak masa dihabiskan ngn aktiviti n agenda lain, sampaikan tak sempat nak ngadap blog ni. Last week, aku baru ja join bebudak kelas aku p Sabah. Dalam 4 hari gak aku kat sana. Dari KK kami suma ke Ranau n Kundasang. Mmg best sangat sepanjang 4 hari berada kat sana. Tak macam tempat2 kat semenanjung ni, kat sana macam ada kelainan ckit. Aku pon tak tau apa yang lainnya. Tapi kesimpulan yang dapat aku wat mmg Sabah sangat best n kalau da peluang, mmg aku nak ke sana lg. Tapi lam best tu, ada gak la yang x bestnya. Bagi aku, selain terasa rindu kat umah, main problem aku kat sana hanya satu iaitu bab mencari makanan yang halal n kena ngn tekak aku. Hari pertama, sampai aja di Sabah, kami suma jenjalan kat KK n trus ke Ranau. Sampai kat Ranau dah agak lewat n gelap. So, kami suma decided untuk makan kat KFC ja. Ada gak kedai makan n pasar malam berdekatan area tu. Tapi aku yang sememangnya payah nak makan makanan tempat orang mmg xlalu la. Tambahan kat pasar malam tu berkeliaran anjing yang menyebabkan hati aku makin xyakin nak membeli juadah kat sana. Masuk ari kedua, kami suma masih pusing2 area Ranau n then p lak ke Kundasang. Malam kedua, kami suma still port kat Ranau untuk cari makan. Kengkawan aku ada la terjumpa kedai Muslim kat area tu. Tp besa la aku, x lalu pya pasal menapak la aku n beberapa kawan ke KFC sbb incik driver udah parking kat kedai makan pilihan depa. Nasib la x jauh. Dek kelaparan, aku bedal nasi ayam KFC siap tambah nasi lagi. Hahahah…ye la kan, dah sehari xngadap makanan berat. Dari pg bawa ke ptg asyik biskut n megi ja, mau x kelaparan aku. Perut lak makin cbuk menyanyi mintak di isi nasi. Aaa…sebelum terlupa, aku nak listkan gak tempat2 menarik yg bagi aku sangat best sepanjang aku kat sana. Mula, kami suma ke SSTC (training center kat sabah), then kami ke museum pa ntah kat KK tu. Kat Ranau, km suma ke Kinabalu Park, Poring Hot Spring, Sabah Tea Garden, Tagal Moroli, Philipino Market (betol ke eja camtu ek?) n macam2 lagi la. Macam ada lagi tempat yang aku p tp dah lupa la..hehehehe..sampai ari pa aku makan tadi?hahahaha..ok2..ari ketiga kami suma patah balik ke KK. Sempat gak singgah kat Tamparuli. Perjalanan balik ni bole tahan la dasyatnya sampai nek berair mata aku tahan muntah. Tapi dek kerana hanya satu cup megi aja yang masuk lam perut, jenuh aku meneran muntah sbb xda pa yang leh dibuang. Kat KK, sekali lagi aku mati kutu nak menyantap apa..hehehehehe..last sekali sebiji prosperity burger n bubur McD yang aku pilih. Mmg makan macam jin la. Ni suma sbb semangat nak berjalan mmg membara sampai waktu nak makan tu pon kami suma abaikan. And last day sbb kami suma berpusing2 di KK aja, maka pizza lak jadi pilihan. Aku bantai nasik lak sbb perut Melayu aku ni dah x tahan ngn makanan yang x berasaskan makanan ruji aku sejak dari kecik tu. Hehehehehe…aku pon x tau pa masalahnya aku ni. Samada tempat atau tekak aku sendiri yang ngengada xleh trima makanan2 baru yang belum aku penah cuba. Hehehehe…kat bawah ni ada la beberapa pics aku kat sana..skang ni aku da kat langkawi ngah praktikal kat cni untuk 2 bulan lagi. Nanti aku update lak cmna kehidupan aku kat pulau bebas cukai ni. Ewwwaaahhh….


*ni beberapa jam before kami suma balik semenanjung...

*kat kaki Gunung Kinabalu yang berkabus...
bersama teman2 terbaik kat KISMEC...

*ni kes tertinggal jeans dalam van...hakhak...

*lapo time..megi ngn mineral water aja pon sedap...

*@poring hot spring..mmg terbaek...


Thursday, January 20, 2011

> Semalam...

Around 11 malam..hurmmm..mata dah ngantuk..
Off lappy..padam lampu..masuk bilik...
Termenung sekejap..kunci jam..0550 hrs...
wah..awalnya..konon ja tu..
hehehe..baring..peluk bantal..
baru nak pejam..tetiba tringat..

"eh..ada spring potato la kat dapur!"


Bangun..switch on lampu..

"yum..yum..sedap"

Minum air..switch off lampu..
Masuk bilik..baring lagi..
Gentel bantal..errr...termenung..
tetiba terfikir...
"napa aku gemuk, cmna nak kurus ni ek?"
hahahaha..gelak sendiri..
zzzzzzzzzzzz

*fakta: makan malam menggemukkan ok!*



Wednesday, January 19, 2011

> Impian aku.. ;-)

Kebelakangan ni, aku rajin gak la menjelajah blog2 org lain..ada satu persamaan yg aku nmpak kat kebanyakan blog2 tu..sumanya pakat dok ceritakan pasal impian memasing..ada yg tulis pasal impian masa kwen..ada yg tulis pasal umah impian n macam2 lg la..sbb aku ni pon xmau kalah, aku nak gak la wat entry pasal impian ni..hehehe..tp impian aku ni berkisar pasal masa depan in general la..kiranya xla specific bab rumah or kwen..ni apa yg aku harap aku dapat kecapi lam masa 10 tahun mungkin..ok ka?

ok, 1st skali mesti la aku harap ada banyak dwet kan..hehehe..lam masa 10 tahun aku nak ada saving sendiri..amount tu aku lum tentukan lg la masa aku dok menaip entry ni..hehehe..tp cukup la untuk kegunaan aku masa ari tua kan..hehehehe…

Aaa…pas ada dwet bebanyak camtu, benda pertama yg aku nak beli mesti la umah kan..hekhekehek..bab umah ni aku memilih ckit..kononnya aku xmau umah bertingkat2 sbb pk bila dah tua nnt payah lak nak mendaki tangga..mesti semput aku mai balik time tu..tp dek kerana kecanggihan teknologi yg ada, aku pk balik..kalau nak wat umah bertingkat2 ni, mesti mau ada lift..hehehe..ok x wat umah da lift..tp kalau tetiba letrik xda cmna ek?erk…

Umah lak kalau leh nak wat tepi pandai..kiranya kalau bosan2, leh lepak kat balcony sambil ngadap laut n dihembus angin sepoi2 bahasa..hahaha..mau hangit rentung aku kn panas kan.. Ok, abis pasal umah..skang jom tgk bakal keta aku lak..hahahaha..dulu aku kutuk2 keta ni kononnya cam keta mayat..tp arini aku lak gla2 tringin nak ada keta camni..hehehehe…warna putih ok x?kalau malas, basuh kat car wash ja la ek…

Ermmm…pa lagi ek nak wat? Dwet kan dah banyak ni..aaa..aku nak tunaikan rukun islam yg ke-5..p Haji n Umrah..insyaALLAH…selain dari Haji, aku gak nak p kat serata dunia untuk melancong..nak gak aku tengok tempat org..tapi papun..kena cuti2 Malaysia gak la ek..hehehe..

Last skali, sebagai manusia normal aku mesti la ada niat nak kwen kan..hehehe..then ada family yg bahagia..mudah2an termakbul impian aku nan satu ni..baju kwen lak?errr..nak pakai kaler pink+ putih leh x?hahaha…kalau xleh pon aku nak gak..kehkehekeh…


*hikhikhik..sgt2 suka kaler ini..

Tuesday, January 18, 2011

> Botak ker?

Istilah botak ni mmg xasing lg wat manusia2 di muka bumi ni kan..kdg2 idak la botak manapon..contohnya rambut ala2 mawi tu pon org kata botak..aaa..anak sedara aku mmg km suma pggl botak..rmbut dia ada sbnrnya..tp dek kerana rambut dia yg xleh nak disimpan kasi panjang ckit (kalau pnjg dah macam musang aku nengok dia) n semedang ja panjang tu, mmg botak la gelaran plg sesuai untuk dia..hehehe..lagi satu, kalau dahi luas pon kengkadang org kata botak..smpai ati kan?hahaha...tp kalau dah setengah kepala xda rambut, bg aku tu bukan dahi luas dah..tu mmg aku yakin botak..tidak syak lg..hahaha..
Menceritakan perihal botak ni, bg family aku ianya bukan bnda yg agak baru..maksudnya dah ada la keturunan botak ni lam family aku..ayah aku sendiri leh tahan licin kepala dia..tp ayah aku ni dulu rugged gak la..botak di depan, tp kat blah balakang dia simpan panjang (ala2 ekor camtu la)..ok..abis bab ayah aku ok..

Aku ni sejak kecil dilahirkan ngn rambut yg lebat..pastu anak rambut aku mmg banyak la..tringat lg masa zaman skola rendah dulu ada member aku tegur napa kalau aku pakai tudung, mesti nmpak rambut..ceh..dia nak perli aku sbnrnya..sbb dia igt aku sengaja nak tunjuk rambut ikal mayang aku..ahaks..sbnrnya mmg anak rambut aku byk..kalau aku nak cover, alamatnya mmg separuh dahi la jdnya..

Akak2 aku yg len xda lak mslh tu..kalau angah aku, mmg terkenal la ngn dahi dungga dia..aku jadi heran gak la..napa la aku ja berdahi sempit..dah tu ada lak mitos yg kata kalau dahi sempit ni x cerdik..huhuhu..bygkan la prasaan aku time tu..along n kak ct aku dahi depa normal ja..luas gak la dahi depa..aku mmg susah ati la time tu..dok pk aku anak angkat ke hapa ntah..

Makin lama aku pon dah makin x kisah pasal dahi ni..tp semenjak dua menjak ni aku rasa dahi aku makin meluas..mak kata, tu sbb adanya darah keturunan botak lam fmly aku..kiranya aku bakal botak la ek?hahahaha..gelak2 takot ni..tp heran tol la..makin lama makin nmpak kejendulan dahi aku..sampai angah aku yg mmg juara memegang title dahi dungga pon tabik ngn aku..dia kata, bila tgk dahi aku trasa cam dahi dia seluas aku..hahaha..apa la motif dia..

Bila manusia ni ada kekurangan, biasa la..akan ada suara2 sumbang ngn akan memberi komen2..yg positif tu leh la aku sengeh..tp kalau bab negatif ni risau gak aku..nak kata kecik ati tu tak la..tp lebey kepada risau..ye la..pmpn mn maunya kalau botak kan?so, sebagai langkah mengcover keluasan dahi ni, aku potong rambut aku..aku pendekkan bahagian depan smpai menutup dahi..konon2 bajet comel la kan...
Aaa...cmni la rambut yg aku try tiru..tp xla sebijik cmni..aku amik idea untuk cover part dahi tu ja..hehehe..yg bestnya, pas ja aku potong rambut, aku amik gambo n send kat angah aku tnpa motif..aku suka dia hangin ngn aku..hehehe..

Tapi bebaru ni, ada satu kejadian yg wat aku sedar n buka mata bhwa setiap bnda yg Tuhan bg tu ada kebaikan yg kita suma xpernah sedar..itu pon selepas dah hampir 5tahun aku malu2 meow oleh kerana dahi dungga ni..hahaha..

Camni citanya, aku ni kalau pakai telekung mmg malas sgt nak pakai anak tudung sbb kebanyakan telekung aku tu ada getah jerut kat bahagian dahi..kira cam anjal la kan..tp kalau tarik ganas2, mmg terkeluar gak la rambut kan..hehehehe..nak dijadikan cerita, masa aku duduk untuk tahiyat akhir ntah macam mana la aku leh terduduk atas telekung ni..so, mmg agak tertarik ke belakang la jadinya..setel solat, aku trus pandang cermin nak tgk kalau2 da rambut yg terjuntai..hahahaha..magiknya satu pon x terkeluar..

Pas beberapa ketika aku tersengeh sorang2..aku cepat2 kuar bilik n gtau mak aku yg akhirnya aku tau dah kelebihan berdahi luas..hahaha..mak aku sengeh balik la..lam ati dia mesti kata ntah pa2 la ank aku sorang ni..wat ayat cover la tu..hehehehe..xkisah la..yg penting aku tau aku bertuah sbb berdahi luas ni..

p/s:ada org kata dahi luas ni cerdik? btol ka?

Friday, January 14, 2011

> Bila aku xda idea...

Aku dok termenung melihat gelagat bebudak klas aku ni..ada yg mata xlekang ngadap lappy (sama la gak cam aku) dari pagi bawa ke petang..ada gak dok sembang2 n mcm2 ragam lg la..trainer aku cam biskut ja gayanya..kejap ada kejap xda..bila dia masuk, pecah perut gak la ngn lawak dia..tp kdg2 aku xtau dia cakap pa sbb telinga aku ni dah disumbat ngn earphone..

Sebenarnya aku lgsg xda idea untuk entry ni..tp sj ja la aku gagahkan diri nak update blog aku sbb ati aku beria2 beno nak wat entry baru..ceis..hampeh toi kan..k la..aku nak cita pasal aku la ek..dah nm pon blog ni Yarntz yg pya..mesti la suma cita pasal aku kan..kehekehekeh..

Mggu lepas aku kurang sihat..atau lam erti kata lain sakit la..bila sebut pasal perkataan "sihat" ni, seringkali aku taip “sihat” sebagai “chat” bila aku berchatting or bersms..tp ada kes yg sorang dua kwn aku salah anggap bila dorang betul2 pk “chat” ni sebagai sembang..last2, sbb xmau men’confuse’kan kengakwan aku, maka terpaksa la aku taip SIHAT aja..

Berbalik pada cita aku td, last week aku demam n selsema..doktor kata badan aku x la panas sgt tp aku selsema tu yg wat bdn aku lemah n kepala pusing2..paling x best bila aku bersin@batuk@terdedah ngn keadaan sejuk aku akan jd semput..

Bercerita perihal semput ni, teringat aku zaman kecik2 dulu time aku ada lelah..semput jgn cita la..xsilap aku time tu aku darjah 1@2 la..leh kata setiap bulan aku akan ponteng 2,3 hari sbb penyakit aku tu..bila penyakit aku tu datang, mmg haru biru org len..akak2 aku la paling nyampah ngn aku..aku ni lak, kalau dah terbaring, jgn harap org len leh wat bising..TV pon aku x bg buka..sbbnya aku leh nak dgr byi bising..nnt aku makin semput..mcm xleh nak nafas ja..

Akak2 aku mmg hangin gak la sbb aku ni suka landing depan TV n menyebabkan org lain terpaksa menahan kerenah aku..hehehehe..org sakit..mesti la ngada2 lebey..aku dr kecik bawak la ke tua ni, kalau sakit mmg byk hal..plg koman pon aku akan nangis..ntah la..dah mmg pe'el aku camtu..tp pas mak aku bg makan ubat pa ntah ms aku kecik2 dulu, aku trus x lelah dah..tp semput tu kdg2 ja menjelma tp xla peringkat kritikal mcm dulu sbb aku sendiri leh bantai tgk TV n gelak2 ngn akak2 aku..kehkehekeh..

Masa kecik2 dulu gak kaki n tgn aku penah terseliuh atau kata org Kedah tergeliat..1st skali kaki aku la..aku lari2 then aku landing ala2 org jepun duduk tu..bengong btoi..pastu trus aku xleh nak bangun..dah meraung aku bila bw p ngurut..cian kat nenek aku sbb terpaksa dukung aku yg agak berat ni tiap kali nak p toilet..hehehehe…masa aku darjah lima, tangan aku lak terseliuh..aku main kung fu ngn akak aku sebelum aku tb2 jatuh terjelepok..huhuhu..trus xleh angkat tgn..org tua yg ngurut tu kata urat aku ‘lari’..nasib la xpatah..nenek aku membebel gak la…dan hasilnya..seminggu aku xp skola..

Kalau nak cita bab kecederaan kecik2 ni, mmg byk gak la pengalaman aku..tu xkira bila aku tergolek jatuh moto..tp aku syukur sgt sbb xpenah la aku patah sn cni..ada parut ja yg wat aku lebey beringat di masa2 akan datang..plg aku syukur sbb smpai skang, Tuhan masih panjangkan umo aku..

Eceh..kononnya xda idea..rs panjang lak entry kali ni..hahahaha..ntah2 pa2 la..

aku alah ngn panadol ni.tp kalau t'desak aku makan gak la.


Wednesday, January 12, 2011

> Happy Birthday!

Happy Birthday yg ke 21 untuk mira..n yg pertama wat zuhair..
mira is the best cousin i ever had..
syg sgt sma dia..mira pon dah mcm anak mak aku merangkap adik bgsu aku..
love u so much, mira...
zuhair ni lak anak buah yg kedua..dah bole jalan kengkang2 n ckp ckit2..sedap..bibird...hehehe..luv u DO-I (aka zuhair)..

> Dok hostel lg...

Setelah aku pulun bertungkus lumus mencari masa yg sesuai, akhirnya aku berjaya gak mencuri masa untuk menulis entry terbaru. Ewwahhh...cbuk sgt la kononnya..hehehehe..baru2 ni aku masuk hostel..kiranya macam kembali ke zaman yg dah lama sgt aku tgglkan..rsnya lebey kurang 9 yahun dulu iaitu ms aku skola menengah dulu..napa aku cakap camtu?alasan2 yg leh wat aku katakan hostel ni macam hostel skola adalah kerana:

1. Aku kena pakai uniform..so, setiap kali bgn tdo aku aku x payah termenung nk pk baju pa nak pakai..setiap ari pakai t shirt yg sm n wajib berkasut (bukan kaler putih la)..hehehehe..

2. Ada katil 2 tgkt..masa zaman aku dip dulu, katil aku setingkat ja..zaman skola ja ada katil camtu..hehehehe..walaupon kat umah aku da katil camtu, rsnya dah bertahun tgkt atas tu xda penghuni..

3. Aku menangis masa mula2 masuk hostel tu dulu sbb ati yg sgt2 x hepi berada jauh ngn family (sebenarnya umah angah 15 minit ja ngn hostel..sampai ati mak aku x bg berulang..hukhuk..)

Ni dah masuk 2nd week aku kat hostel ni..aku dah leh trima la keadaan hostel yg agak x slesa ni sbb aku pk xlama aku akan berada kat cni..mgkn dalam 2 bulan lg ja..kdg2 aku lari gak balik umah..ujung mggu mmg wajib la aku bertandang ke umah angah kan..hehehehe..sm mcm aku dok umah sewa dulu gak la..


pic ni 1st day aku dok kat hostel..
ni ready nak p klas la kiranya..
*gemuknya nabihan...

ronda time..balik klas trus siap2 nak p merayau...

Saturday, January 1, 2011

> New year...2011...

salam tahun baru untuk suma...hehehehe..akhirnya aku ada masa untuk menulis 1st entry untuk tahun 2011 yg baru bermula ni..awal2 tahun camni, mmg banyak la perancangan untuk sepanjang tahun..azam lak, mmg berkilo2 la..hehehehe..tp tu suma awl tahun ja..bila abis suku tahun yg pertama biasanya sumanya dah kembali cam yg asal..

memandangkan dah ada entry aku pasal azam tahun baru, arini aku just nak tulis pasal perancangan aku untuk tahun ni..aku ni, setelah menjadi student kembali terpaksa gak la join aktiviti yg bebudak class aku dah arranged..ada yg wajib untuk course, dan x kurang jugak ada yg sesaja dirancang untuk menghiburkan ati memasing..

plan yg terdekat rsnya adalah untuk join Ceramah Perdana organized by student MM4..aritu aku n baya diberi tugas untuk deal bahagian publisiti x silap aku..hehehehe..aku pon dah lupa..rsnya bebudak tu suh aku n baya contact ngn RTM..tp since xda pa2 updates dari depa, aku malas nak campur tgn lebey2 sbb km ni just backup ja..

then, class aku lak kena conduct ceramah pasal alam sekitar..yg ni akan dibuat ujung bulan ni x silap aku..depa ni rajin beno tukar date..sampai letih aku nak igt date baru..hehehe..over btoi..part aku untuk ceramah ni xla byk sangat..just jaga bhgian protokol..mula2 dorang suruh aku invite guest tp tetiba tukar lak..ada budak lain yg akan wat..hehehehe..lega la aku..aku ni malas ckit nak pulun kat kursus ni sbb xda grade yg diberi untuk setiap keja yg dibuat..just dpt sijil ja..so, aku hanya mengikut arahan la..nak jd leader, mgkn x kot..kehkehkeh..

aaa...lagi satu, awl bulan depan (masa CNY), family aku akan wat kenduri sempena pernikahan angah aku..sonoknya..aku mmg suka kenduri..mmg letih tp best..aku kan suka mencuci mata..so, time kenduri la plg aku tunggu2..kekehekeh..tp baju pon xready lg untuk kenduri tu..aku selalu camtu..beria2 ja kalau fmly aku wat kenduri..last2, aku lgsg x masuk umah..cbuk kat luar ja..selalu aku x tgk even akak2 aku makan beradap..cian kan aku..ngalahkan mentara@penanggah dah aku..comot mmg sure la kan..trus cancel nak cuci mata..hehehehe..

plan yg lagi satu ni agak best sbb class aku nak wat trip p Sabah..mula2 aku malas nak amik port sbb dorang bajet smpai RM1500..mau pokai gak aku..then tetiba dah turun lak bajetnya ke RM750..wlupun aku dah sama tahap ngn rakyat termiskin, aku still leh tersenyum sbb mak aku nak sponsor..hahahaha...bukan sponsor btoi2 ek..nnt aku bayar la balik..thanks mak..lebiu..trip ni rsnya akan dibuat petengahan bulan February ni.. dan aku cuma kene setel bab sponsorship..ngeh..ngeh..aku dah setel last week ngn baya n sorang budak class aku..next week aku nak sambung lg bg abis..baru tenang idop aku nnt..bila depa wat meeting, baru la bangga aku cita progress aku..hehehhe...

then, ujung bulan February ni gak aku sekali lg kn p praktikal..mslhnya aku still xdapat tempat untuk praktikal tu..so, lam masa yg masih berbaki ni, aku mesti cari cepat..n lam masa yg sama gak, aku kn pulun cari keja..program yg aku join ni akan abis lam bulan 4..bulan 5 tu aku akan akan jd penganggur sekali lg..waktu untuk membela badan..hahaha..tidakkkk..cukup la 4kilos yg aku dah "berjaya" naikkan lam hanya 2 bulan...

lam tahun ni gak, aku ada terdengar kwn2 aku yg masih single nak cari pasangan idop..ada yg xmau main2 dah..ye la kan..mesti la siyes kalau nak mencari jodoh ni..aku lak?errmmm...ntah la..bab jodoh ni, langsung x pernah terlintas lam kpala aku saat aku menaip entry ni..bila org tya bila aku nak kwen, aku akan jawab tahun 2013..mgkn tu jalan plg slamat untuk elak org bertanya..hakikatnya hati aku lgsg x terlintas nak bercinta lg..akan datang x tau la..tp tu la yg ada lam ati aku tika n saat ini..ewaahhh...

2011..umo aku dah naik setingkat lg..dah 26 pon umo aku tahun ni..rsnya byk sgt bnda yg aku x capai lg..aku selalu tertanya2..agak2 sempat x aku capai suma tu..takotnya bila pk kan masa depan yg kita sendiri x pasti..rezeki..jodoh..keluarga..suma aku xpasti apa kesudahannya..yg pasti, aku harap tahun 2011 akan membawa lebey keceriaan n kebahagiaan berbanding tahun2 yg dah berlalu...kengkadang aku terpk, kalau la aku leh balik pd zaman kecik2 dulu, kan best...xyah pk pa2..hepi sepanjang masa ja kan????

best kan jd cam bebudak ni..panjat pokok rambutan je kejanya..ni la anak buah(yg tengah2 tu) n sepupu2 aku..kalau kena marah, stop la kejap..pastu, sambung lg..ntah apa bestnya panjat pokok rambutan yg lebey kurang tggi pinggang aku tu ja..hehehe..tp ni la bahagianya bila menjadi budak2..