WELCOME....

IT'S ALL ABOUT YARNTZ...

Tuesday, July 26, 2011

> Dendang Perantau

Cepat btol masa berlalu, sedar tak sedar, dah minggu ketiga aku berada di perantauan. Best x dok kat cni? Setakat ni Alhamdulillah ok coz sumanya berjalan lancar. Kawan2 yang agak memahami dan ada yg satu kepala. Suasana hostel biasa la kan. Mandi kena tunggu turn mmg dah lumrah. Hehehe.. tp aku jenis bangun awal sbb x sabar nak menunggu org lain. Jadinya masalah camtu x la terasa sgt. Tp kadang2 part nak menunggu bas mmg bosan ckit. Kalau pg, mmg ok la sbb mmg bas sentiasa ada menanti. Kalau kelas petang yg payah sbb bas x tentu. Penah sejam lebey aku & kawan2 tunggu. Napa x naik rapid? Hehehe.. sbbnya xpenah cuba lg naik rapid. Setiap kali nak naik bas, ushar kawan2, cukup 4 org..pa lgi..jom..naik cab ja la..hehehe.. kalau naik rapid bas dari kolej aku nak ke tempat aku blaja, kena tukar bas lak. Sbb tu aku nak nek bas uitm. Tambah2 ada kawan2 yg agak ramai, so kami suma mmg nekad nak gunakan perkhidmatan yang free ni. (hari ni plan lg nak try naik bas rapid, tp tetiba terjoin kawan nek keta lak..hahaha)

Sepanjang hampir tiga mggu berada di sini, baru sekali aku balik. Sbb pa?hehehe..sebab utamanya 16 Julai aritu besday aku..dan amatlah kebetulan sekali sebab aku kena balik untuk amik sign penjamin2 untuk program aku ni. Berbaloi kan balik camtu? Aaa…nak cita lak pasal balik kg. aku balik kg x lama. Lam 3 hari ja. Tp sonok la gak sbb sampai aja, mak dah bg dwet suh beli kek wlupon esoknya baru la besday aku. Ngada2 kan aku? Siap pilih kek sendiri. Dan keesokan harinya aku agak cbuk uruskan macam2 hal. Tp tetap gak dapat hadiah. Pemberinya? xleh la mention kat cni. Tp ni la hadiah yg paling aku suka. Mak kata macam budak2, tp aku x kisah sbb aku minat sgt2 Transformers.

*ni la kek besday aku..err..sm cam tahun lepas pya..hehehe..


*hadiah paling aku nak sbb x cukup bugdet nak beli robot yg real..mmg semangat aku ngadap benda tu berjam2..


*tadaaa...ni lah hasilnya..

Seminggu lagi Ramadhan bakal menjelma. Yg x bestnya aku x balik kg..huhuhuhuh...sedeynya..tp aku dah plan nak balik mggu yg satu lagi kalau dwet lam poket ni mengizinkan..harapnya dapat la aku balik kg at least sekali b4 cuti raya nnt kan..nak link boh lagu Dendang Perantau btol2, satni aku lak yg sedey..hahaha...ok la..mata dah ngantuk ni..bebila free aku update lg..tata...

Wednesday, July 13, 2011

> Rezeki oh rezeki...

Hari ni genap lima hari aku bergelar pelajar lagi. Sambung study? Lebey kurang camtu la. Dalam entry yang sebelum ni, aku dah tau aku dapat cikgu kan. So, pada 9hb Julai 2011 aku pon mendaftar sebagai pelajar kembali di UiTM Seksyen 17. Beberapa hari sebelum aku mendaftarkan diri, sekali lagi aku mendapat berita gembira bila aku dipanggil menduduki exam untuk jawatan PTD yg bakal diadakan pada hari lahir aku. Tapi mengenangkan yang jalan yang aku pilih hari ini sudah pasti arah tujunya dan cabaran untuk bergelar PTD, aku wat keputusan untuk tidak hadir ke exam tu.

Dan hari ini sekali lagi aku mampu tersenyum sebab aku mendapat tawaran menyambung pelajaran di peringkat MBA dan akan mendaftar pada bulan depan. Aku terima or x? errrmm…agak berat aku nak wat keputusan memandangkan aku belum lagi mengikat sebarang perjanjian dengan program yg aku jalani sekarang. Lama aku termenung memikirkan jalan yg perlu aku pilih sebab kedua2nya impian aku. Menjadi pendidik adalah cita2 aku sejak kecil. Tapi mungkin rezeki tidak menyebelahi aku sebelum ni dan application aku lepas SPM and Diploma untuk jadi cikgu tak berjaya. Dan pada kali ketiga dan di saat aku sudah memegang segulung ijazah yg dah lama aku idamkan, Tuhan memberi peluang yang setelah sekian lama aku nantikan. Dan hari ini, aku bergelar bakal CIKGU!

Macam mana lak ngn master? Seikhlasnya aku mmg sangat2 berharap untuk menyambung pelajaran ke peringkat itu malah kalau diizinkan Tuhan aku nak ke peringkat yg lebih tinggi. Masalahnya sekarang aku masih lagi x dapat biasiswa. Kalaupon aku berjaya, masa tu aku dah sign perjanjian untuk program cikgu ni. Jadi setelah berfikir sejenak dan mempertimbangkan baik dan buruk segalanya, aku tetap ngn keputusan aku hari ini untuk menjadi cikgu. Dan kalau diizinkan, aku akan mengejar cita2 aku yg satu lagi tu.

Napa aku cita suma ni? Dah la entry aku kali ni agak skema kan. Hehehe..bukan nak poyo, tapi aku nak kongsikan satu perkara yg sebelum ni selalu sangat nenek aku cakap masa aku tengah stress tahap gaban xda keja walaupon baru beberapa bulan grad. Macam gak org lain, aku mmg susah hati bila x keja memandangkan umur dah makin meningkat dan pengalaman keja yg tersangat la kurang. So, nenek nasihat suh aku apply apa saja kerja atau pon sambung belajar. Walaupun agak bosan menunggu ditambah lagi ngn dwet yg semakin kritikal aku tetap gak apply keja2 dan dalam masa yg sama apply untuk further study. Nak tau napa nenek aku kata camtu? Nenek kata, hidup ni ibarat menahan jerat. Kadang2 kita langsung x dapat apa2 hasil. Dan kalau memang dah rezeki kita, peluang tu itu aku akan datang malah kadang2 bukan satu tapi lebih sampai kita terpaksa memilih yg mana terbaik untuk masa depan kita.

*Ni la nenek aku...style x?

Hari ini baru aku nampak suma kebenaran di sebalik kata2 nenek tu. Dan kata2 tu akan tetap akan aku kongsi dengan orang lain. Sesungguhnya kesabaran kita ni akan dibalas ngn sesuatu yg kita x penah jangka. Hehehe.. kadang2 aku tersenyum lagi mengenang suma tu. Errr…camna hidup aku kat cni? Nangis x aku? Hahaha..mesti la kan..nnt aku update lg..daaaa…

Tuesday, July 5, 2011

> Aku & Dia

Dia???Siapakah dia?
Semestinya pujaan ati aku..sila tgk kat bawah ni…hehehe…

Sebenarnya entry ni aku wat sebab aku nak cita pasal Transformers..walaupon dah agak lewat aku tgk cita tu (selepas dah hampir seminggu ditayangkan kat wayang), tapi xsalah rasanya aku nak cita ckit pendapat aku pasal cita ni. Aku dah follow Transformers ni dari yg 1st lg. Lam tiga movies yg aku dah tgk ni, bagi aku yg pertama la paling best. Ye la..masa tu idea byk lagi..jalan cita best dan action pon sangat2 menarik. Yg no 2 pon not bad. Tapi kalau nak compare yg 2 (revenge of the fallen) ngn yg no 3 ni (dark of the moon), bg aku aksi yg no 3 ni lg best walaupun muncul dipertengahan cita. Tapi jalan cita suma sama ja rating dia (bagi aku la ek).

Hadoi..stop comparing la k..aku nak cita pasal cita yg aku tgk td ja..aaa..sebelum tu, aku nak gtau yg aku x tgk yg 3D..mula2 konon kedekut..pas abis tgk, rasa cam nyesal pon da..kalau ada masa, rs cam nak tgk versi 3D lak..kehkehekeh..lg la byk kuar dwet kan..bijak..bijak..

Ok, berbalik pada movie td. Beginning cita ni agak bosan ckit. Sbb byk bnda sgt depa nak gtau sampai kekurangan aksi dari Autobots. Tapi ya la kan, kalau dia x cita panjang mn nak faham ending dia lak nnt. Hehehe…tp kan dah filem aksi, for sure la aku tertunggu2 part yg menarik tu. Dan bila sampai part aku tunggu2, mmg x berkelip la mata ni. Tp yg aku x tahan, part konon2 Autobots ni diletupkan lam roket pa ntah. Mmg frust gegila time tu. Cam nak balik umah trus ja. Hahaha. Lagi satu, yg paling xtahan aku leh berair mata tgk cita tu. Sbbnya masa Bumblebee konon2 bakal diletupkan oleh geng Megatron tu, si Sam ni menangis. Alahai..hero hensem nangis..aku lak yg bergenang air mata. Hahaha. Mak aku mmg gelak bila aku gtau. Nak wat cmna kan, dah nak sedey. Mana nak leh tahan2 air mata ni. Ewaahhh…

Tapi ada beberapa part lam cita ni yg wat aku tergelak sendiri walaupon bukan niat incik producer nak wat lawak pon. 1st, part robot jahat (aku xtau nm dia..hehehe) kena tembak kat mata ngn askar2. Masa robot tu melalak kata dia x nampak, suara robot tu tetiba jadi x ganas. Hehehe..mengapakah begitu? Biasanya suma robot lam cita ni bersuara garau n macho. Xsangka lak aku bila robot terpekik lain lak suara depa. And part len yg wat aku nak tergelak bila Megatron leh terpedaya ngn hasutan awek (Carly@Rosie Alice Huntington-Whiteley) yg konon2nya kepimpinan akan jatuh kat Sentinel Prime. Wah, hebat sungguh kuasa wanita sampai robot pon leh caya ek.

Hahaha..penat dah aku review balik cita td. Untuk yang belum menonton, ada masa lagi. Mmg berbaloi tgk cita ni. Bg yg xtgk lagi movies2 Transformers yg sebelum ni, p la cari DVD supaya lebey enjoy menonton filem ni. Rating yg leh aku leh bagi secara peribadi adalah 4.5/5 stars. Mn lagi 0.5? Hehehe..aku tolak sbb lambat sgt aku tggu depa beraksi. Bagi yg mmg dah ada plan nak p tgk cita ni, SILA TONTON DALAM FORMAT 3D! Kalau x, ampa suma akan menyesal cam aku. Hehehe..

*ni aku nak wat iklan ckit..hehehe..

Friday, July 1, 2011

> Merapu lagi...

Arini mood aku nak mengarang dan mengarut datang lagi. Hehehe.. saja nak ceritakan apa aku buat selama 2bulan lebey aku menyepi ni. 2 hari pas balik dari Langkawi aritu aku dapat p exam Medsi. Agak kalut gak aku sebab aku sampai umah ari khamis petang. Ari jumaat baru terkocoh2 mencari buku rujukan n pagi2 sabtu lagi dah masuk exam tu. Seminggu lepas tu, aku n kawan baik aku p SARAWAK..hahaha..sangat best..mmg yg ni aku n baya dah plan dari bulan 3 sebab km beli pakej ni kat kat Matta Fair. So, pada malam 9 May, kami pon naik bas menuju ke Shah Alam..aik???napa Shah Alam? Sebabnya esok tu kami kena amik jubah untuk convo yang bakal berlangsung pada 15 May 2011. Ok, pendek cita, kami dorang selamat sampai Sarawak. Mmg redah ja time tu. Dah la xtau jalan, leh lak sewa keta n merayau. Tp xbyk la tempat kami dorang p memandangkan pengetahuan n masa yg agak terbatas.
*Sarawak..best..best!!

Balik dari Sarawak, kami trus get ready untuk convo lak. Masa grad, mmg muka aku burn habis hasil dari vacation aku kat Sarawak tanpa pakai sebarang pelindung muka..hehehe.. xpa la..janji dapat scroll degree dah la kan..
*Tgk la betapa berkilatnya aku..hekhekeh...

Tapi memang best sebab leh jumpa balik kengkawan time ngaji dulu. Ewwaaahh..macam la umah jauh sgt kan. Mmg x jauh, tp masing2 dah cbuk n ada yang dah keja. Pas abis convo, dek kerana beberapa perkara, aku tumpang baya balik. Tp mak aku lak xda coz dia singgah umah abg ipar aku sebelum balik. Jadi, aku terpaksa la menumpang umah andak aku kat Butterworth. Tapi bukan sehari, 2 hari 2 malam aku kat sn. Over beno kan. Dah dok sn, byk lak agenda aku. Salah satunya aku ikot fmly andak aku p BBQ kat Pantai Merdeka. Ni gathering cikgu2 skola andak aku sebenarnya, tapi aku ngikut sbb anak dara andak aku pon da sama. Best gak makan2 mengadap laut walupon cuaca agak panas.

*Panas terik..makan ice cream 2 minit dah cair...

Balik dari umah andak, aku membela badan kat umah ja. Ada gak apply keja n menanti penuh harap. Dan ujung bulan May, aku dapat tevew cikgu. Kiranya aku lulus la exam Medsi aritu. Yeeehhhaa...epi toi aku. Pas aku p tevew, aku balik kg dok ngn nenek aku. Dekat sebulan gak. Lam dok sja tu, terpk gak kat mn la aku nak keja nnt. Apa aku akan jadi lam masa beberapa tahun akan datang. Aku mengharap dapat cikgu. Lam masa yg sama mengharap gak dapat biasiswa TPM untuk aku smbung master. Dua2 aku suka sebab dua2 masuk teaching line. Aku mmg nak jadi pengajar dari kecik lg. Ermm...aku menanti n trus menanti..ceeewahhh...

Last week aku balik SP..check online..tgk2 dapat cikgu..Alhamdulillah..mungkin inilah dikatakan rezeki. Aku wat keputusan nak masuk sbb bagi aku, mana yg datang dulu itu rezeki aku. Tu kata cikgu aku masa aku abis SPM dulu. Kdg2 mmg banyak pilihan untuk kita. Dan kadang2 suma pilihan yg kita ada tu kita suka n nak. Tp bagi aku, mana datang dulu adalah yg dah ditakdirkan untuk menjadi rezeki aku. Ooppss...tolong jangan apply prinsip ni dalam mencari jodoh ok..hahaha..next week aku dah kn daftar..cmna agaknya p tempat baru..sekali lg..memulakan hidup baru..sekali lg..dan bertemu dan membina hubungan baru ngn kawan2..sekali lg..mudah2an segalanya dipermudahkan..Amin...;-)

*Motif gambar ni?? xda papun..ni mak aku bg masa convo aritu..kawan aku cakap skang ati aku berbunga2..errr..mgkin camni agaknya kan??hehehe..

> Memilihkah aku???

“ Dah ada bf lum?”..soklan camtu dah banyak kali bertandang kat telinga ni. Dan setiap kali jawapan aku “tak ada”, akan ada respon yag kadang2 xsedap didengar. Biasanya org yang bertanya tu akan jawab camni..”ala..ang memilih sangat kot”…ermm..memlilih ka aku ni? Kadang2 memang ada betulnya. Tapi kalau nak pk secara logik, x mungkin kita leh terima sesuatu yang kita tak berkenan. Selalunya sikap menjadi faktor utama dalam pemilihan aku. Rupa?err..aku tgk gak..tp berpada la ngn aku..x la memlilih sangat bab rupa ni..asal sedap mata memandang ja.

Ok..berbalik pada isu tadi. Ada bebrapa sikap yang aku tak berkenan pada lelaki2 yang aku kenal. Dan acap kali sikap tu bukan satu, tapi gabungan dari beberapa sikap yang x brapa aku berkenan. Aku x mau listkan sikap2 tu in general macam penipu, pemalas etc. Tu dah macam baca buku PETUA MENCARI JODOH YANG BAIK lak (ada ka buku tu?)..hehehe..apa yang aku nak tulis kat sini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri sepanjang lebih dua dekad aku hidup ni..

1) Rasa diri dia aja yang bagus...errrr..bagus sangat ka?

Yang ni memang wat aku super nyampah kat dia. Penah sorang sepupu rekeman aku kat sorang mamat yang rasa diri dia bagus sangat. Lam perbualan pertama lam phone, dia nak cita suma kebaikan dan kehebatan dia. Dia aja la p semayang jumaat kat masjid negara, dia aja la yg dengar ceramah agama, dan dia ja la paling hebat. Memang la suka kalau laki tu bagus, tp ni nak tunjuk bagus sangat. Benda2 camtu xyah cerita sbb nnt2 org leh tau gak. Paling x tahan, perangai tergedik2 dia tu xmelambangkan apa yg dia cerita. So, nilai la sendiri? Fakta ka auta kan..

2) Mengada2 and manja...arrgghh..tensen aku.

Yang jenis ni lak selalu wat aku tensen ja. Aku rasa aku ni jenis ngada2 n manja gak. Tp sesuai la pompuan kan. So, aku sangat2 la xleh terima org laki yg mengada2 tahap gaban camni. Byg kan la, ada sorang mamat ni suh aku ajar dia nak install menda pa ntah lam lappy dia. Aku ajar la. Tp dek kerana kebebalan mungkin, benda yang senang xmenjadi gak. Aku leh sabar lg. Paling x tahan, dia marah n lepaskan geram kat aku. Membebel macam aku ni punca masalah dia. Aik..aku ka dia yg buta IT? Dan lagi satu, org jenis camni sangat2 la sensitif. Paling lawak bila on fb, dia bayang suma fren lam list tu akan chat ngan dia. Hehehe..gilo pa? Pastu wat ayat kecik ati n perli2 aku lam fb sbb aku x msg dia. So, untuk memudahkan hidup, aku remove ja ngn dia dari fren list aku...nnt aku dah x appear kat wall n chat list dia lg..hahaha..

3) Merajuk dan minta dipujuk..wadapoyo la.

Versi kuat majuk ni adik beradik la ngn yang ngada2 and manja. Tp yg jenis ni suka nak majuk xda sebab. Selalunya yg jenis ni x la suka wat masalah meleret2 cam yang ngada2, tp still nyusahkan hidup aku. Penah aku kena. Dia ada problem ng org len, pastu tetiba merajuk ngn aku. Kdg2 suh aku pujuk lak tu. Plis la..xkuasa aku nak melayan. Anak buah aku pon jarang aku nak pujuk, ni lak org luar. Hakhakahak...xrela nyah...

4) Geli2..ermmm..(untuk bacaan 18 tahun ke atas ok).

Hahaha..title pon dah menyampah aku rasa. Yg kaum jenis camni mmg selalu sangat la aku jumpa. Pelik tol aku ngn dunia ni. Nak tau cita dia? Selalunya bermula ngn kenal2 dulu. Then gayut sekali dua. Pastu tetiba dia tya bukan2..”err..awk pakai baju pa malam ni?” @ “awk..sejuk la”..leh paham dah kalau laki intro camtu kat aku..apa nak kisah kalau aku pakai baju papun. Lagi satu, umah xda selimut ka sampai sejuk pon cbuk nak merengek kat aku. Byk lg la versi yg nyakitkan ati. Tp aku rasa contoh tu dah cukup untuk wat org nampak sbb aku aku reject sesetengah lelaki.

5) Pandang orang lain lekeh..cit..

Yang ni baru sekali aku kena n mamat tu bukan kata kat aku pon. Tapi aku still x suka. Cita nya camni, aku da sembang ngn seorang mamat yg kawan aku rekemen. Tetiba tercerita pasal sorang kenalan aku yg keja jauh n x dapat pindah dok dekat ngn isteri dia sbb tuntutan keja. Tetiba ja mamat ni cakap camni...”ala..pa sangat la keja kat company tu, bek berhenti ja cari keja dekat ngn wife dia”...incik..mmg company tu besa2 ja..tp jawatan kenalan aku tu bukan lekeh sangat ok..gaji pon dah lebat..nada suara mamat ni mmg nak memperlekeh kenalan aku tu. Heran tol aku. Jgn la igt suma org jadi kuli cam ang ja ok..tgk..aku lak dah perlekeh dia..patut aku kdg2 kena reject gak..hahaha...

6) Kuat berangan..hadoi..drama ka apa ni?

Kuat berangan ni xbawa masalah..tp kdg2 terfikir, betol ka mamat ni?? Ish..susah ati aku..hahaha..byg la..aku kat kedah..dia lak jauh nun ni negeri lain. Tetiba dia kata “malam ni kita dinner sesama ek” @ “malam ni saya amik awak tau”..wah..magiknya..cam superman lak..mula2 terkejut bewak aku..lama2 aku tau mamat ni ada imiginasi yang tak tercapai akalku...hahaha..sabo ja la..

7) Terlalu main2..hello..aku ni perserta Raja Lawak ka?

“Pastu...err....” dan mamat ni dengan pantas memotong “pastu three”..cis...banyak kali gak kena ngn org camni. Mmg aku xkisah. Tp tgk la topik perbualan. Kalau aku tgh cita bnda lawak2 lain la. Ni isu politik + hidup n mati pon nak wat lawak. Mmg potong crita aku kalau org jenis ni menyampuk. Kalau sekali leh gak wat2 senyum. Tapi kalau dah 15x aku kena, rasa cam ringan ja kaki aku...hehehe..konon ja la..aku x seberani tu la..tp mmg nyampah kan kalau hidup asyik nak main2. Mmg betul sesekali kena da gak lawak. Tapi kalau sepanjang hidup melawak, leh serabut aku..silap2 org mati pon dia gelak..bukan leh caya org camni..ish..blah dulu la..

8) Amik kesempatan...eeeyuuu...

Oleh kerana aku seorang perempuan, mmg kerap kali la aku kena ngn org camni. Terbaru aku kena masa praktikal kat Langkawi. Aku ada kenal sorang org Iran yg mcm xda arah sbb baru ja sampai sn. Aku yg konon baik budi ni (sebenarnya leh makan diri) tolong la dia cari teksi n ntah camna, ngan aku sekali kena ikot p tunjuk tempat yg dia nak p. Dah macam tourist guide aku ni. Masalahnya bukan ngn laki Iran tu, tapi ngn mamat teksi tu. Mula2 dia hulur tangan nak salam. Dan demi xmau malukan dia depan Iran tu, aku sambut gak. Tetiba mamat teksi kata “lembutnya tangan adik ni” sambil tersengeh dengan rupa yg sangat2 la mengerikan. Siyes takot. Hahaha..nasib aku selamat sampai n sejak dari ari tu, kalau dia mai ke tempat aku praktikal untuk bawa guests, sure aku gabra n cari jalan nak bg dia xprasan aku. Hahaha..lega tol aku dah x dok sn..

9) Aku kena bersusah payah untuk dia..dia???

Penah x ada sorang kenalan nak jumpa, tetiba dia order ja suh kita yg amik dia kat umah. Hahaha..yg ni wat aku rasa cam drebar bas pon ada. Wah..wah..senang2 ja suh aku amik dia padahal dia yg hegeh nak jumpa aku. Bukan aku berkira. Tp kalau dia pon tunjuk ckit effort tanda kesungguhan dia nak jumpa xpa gak. Ni x..cam order pizza ja lagaknya..dan dia x tau aku ni pya la takot kalau nak drive..hahaha..mimpi la kalau nak suh aku amik..kehkehekeh...

10) Layan aku cam tentera..kiri..kanan..kiri..kanan..

Finally, sikap lelaki yg terlampau tegas n nak aku ikot suma cakap dia. Pengalaman ngn laki camni penah sekali aku kena masa tahun 2006 kalau x silap. Bila aku majuk (pompuan mmg standard la majuk kan...hehehe) dia xkan pujuk. Dia kata kalau ikhlas nak kawan n kawen, watpa nak majuk2 n gaduh2..huuwaaa...betapa x indahnya hubungan camtu...dan dengan itu, aku hanya bertahan 2 bulan ngn dia. Yg paling aku xsangka, dia x menunjukkan apa2 reaksi masa aku mintak putus...wah...sangat keras hati dia..tp xpa la..at least crita aku ngn dia x meleret2..pastu, kami dah x contact or jump sampai la ari ni...

Hamboi aih..byk lak aku list..10 dah la ek..nnt makin ramai org kata aku memilih. Ntah la, terpulang pada diri masing2 nak menilai. Mungkin ada yang boleh bertolak ansur ngn sikap2 yg aku gtau kat atas. Dan mungkin ada gak yang sama macam aku. Bukan aku x penah cuba nak terima suma tu, tp bila dah terlalu kerap kena aku jadi fed up. Letih menjaga ati org lain sampai aku lupa pasal hati sendiri. Daaaa... ;-)