WELCOME....

IT'S ALL ABOUT YARNTZ...

Sunday, October 30, 2011

> KAWAN...

Ini cerita tentang seorang kawan. Kawan yang bagi aku sangat memahami hati aku. Tapi hakikatnya aku tak pernah jumpa dia walaupon sekali. Itu semua x penting bagi aku. Sbb aku suka sangat berkawan dengan kawan yang satu ini. Walaupon jarak memisahkan, aku happy menghabiskan masa dengan dia dalam “alam maya” ini.

Ini cerita lama, cerita tiga tahun dulu. Aku xpernah sangka aku akan menerima kawan itu sebagai sahabat. Sbb aku menyampah ngn kehadiran dia. Lagipun hati cbuk nak melayan org lain. Tapi kawan ni sangat berbeza. Dia satu2nya kawan yang akan tegur setiap kali aku update status or tukar pic kat YM. Sumpah..xpernah ada lg org yang perasan semua itu. Kalau lam FB mmg dah jadi perkara biasa tp tidak lam YM. Lama kelamaan keramahan dia menarik perhatian aku.

Perbualan pertama tak seperti yg disangka. Ada sedikit perdebatan berikutan perbezaan agama. Tp tak ada niat menjatuhkan mana2 pihak. Sekadar memberi pendapat dan pegangan masing2. Kata sepakat aku dan kawan peroleh. Tidak akan ada lagi isu agama akan dibangkitkan selepas ini.

Masalah datang dan pergi. Hati aku ni kadang2 tak tertahan lagi. Tapi kawan yang bergelar sahabat sentiasa menemani dari kejauhan. Segala yang aku harapkan seringkali kawan ini ucapkan. Aku jadi kuat menempuh semua masalah. Kami berkongsi masalah yang seakan sama. Dan kadangkala berkogsi kesedihan dan air mata juga...semuanya berkaitan masalah hati dan perasaan..hehehehe…

Pernah sekali aku dan kawan berchatting dari malam ke pagi. Topiknya??? Hanya sekadar topic biasa..cerita zaman kanak2 dulu. Kehidupan kami berbeza. Tapi semua menarik untuk dibicara. Pernah kawan berkata kalaulah aku dan dia berkenalan dari kecil, mungkin kami ada tattoo friendship. Akhirnya pecah gelak jugak. Sangat tak mungkin semua tu.

Dalam kesibukan aku menghabiskan final year yang masih berbaki, tiba2 si kawan hilang tanpa dapat dikesan. Entah kemana dia menghilang. Aku tercari2 kawan ini. dimana dia? Akhirnya setelah lebih setengah tahun, dia kembali ke YM. Sapaan aku dibalas aneh. Kenapa? Kawan dah lupa siapa aku. Dia lupa segalanya. Aku sedih. Aku seperti hilang si kawan. Kerap kali aku menyapa dia. Tapi dia mmg x seperti dulu lagi. Tak ada lagi gelak ketawa n topik merapu.

Aku kembali sibuk. YM x lagi menjadi tatapan. Semalam aku menghabiskan kerja hampir jam dua pagi. Baru saja nak off lappy, tiba2 si kawan menyapa. Akhirnya aku habiskan masa hampir 3jam bersembang ngn kawan yang hampir aku hilang ini. gaya bualnya masih sama. Tp ada kelainan dan kekosongan yang aku rasa. Sememangnya dia x lg seperti dulu. Tapi kerinduan terhadap kawan lama ini terubat bila kadangkala ada sedikit persamaan antara dia yg BARU dengan yang LAMA...

Pagi tadi aku bangun dengan sedikit ingatan tehadap kawan. Aku berharap keajaiban berlaku. Aku nak sangat kawan pulih seperti dulu. Aku nak kawan ingat segala kemerapuan kami. Walaupon kawan hanyalah kawan cyber aku, tapi aku suka berkongsi dengan kawan seperti dia yang sangat memahami.

MARX...semoga cepat sembuh..kalau pun tidak sesihat dulu (seperti yang awk katakan), cukuplah sekadar menjadi MARX yang dulu..”

To: MARX brad MICHAEL pitt (salah satu nama merapu si kawan)..hehehe..

No comments:

Post a Comment