WELCOME....

IT'S ALL ABOUT YARNTZ...

Tuesday, November 6, 2012

> Kembali membebel...


Dah lama sangat rasanya aku x menulis dalam blog ni. Sibuk sangat kah? Hehehe… kalau dalam definisi aku, leh la dikatakan sibuk. Sepanjang aku x menghapdetkan blog ni, macam2 benda yang dah aku lalui. Antaranya, berpraktikal di sekolah. Sekolah manakah? Hahaha..perkara yang aku takot akhirnya terjadi. Aku berpraktikal di SMK Telok Gadong, Klang. Sebenarnya sekolah ni tak ada banyak beza dengan sekolah lain. Apa yang aku takotkan adalah kegagalan aku untuk mengontrol bahasa aku. Aku ni kat memana pon nak cakap Kedah kan. Jadi bila p sana, tergeliat gak la lidah aku. Tp syukur aku akhirnya boleh menangani masalah tu. Pengalaman baru kat sekolah tu sangat la banyak. Pahit, manis, masin, kelat suma ada. Tapi kesimpulannya aku sangat seronok menjadi guru walaupun untuk waktu yang teramat singkat iaitu 6 bulan. Bulan pertama memang aku stress gila sebab aku ni kalau bab classroom management mmg fail sesangat la kan. Dan students lak macam2 kerenah. Kalau aku rasa ada students yang suka cara aku, hakikatnya berlambak lagi rasa meluat tengok muka aku. Sebabnya pendekatan aku kat pelajar sememangnya berbeza dan cam dalam adik beradik gak, ada yang mendengar kata dan  tak kurang juga yang ketegaq tahap dewa. Kalau nak cerita semua memang 5 pages la entry aku kali ni. Lain kali aku story lagi. Ni warm up ja. Hehehe… dah lama tak menaip kan. Selama ni cbuk taip lesson plan ja. Wah… guru cemerlang la kan. Harapnya sepanjang aku bergelar penganggur nanti, banyak la idea yang datang.. :-)

No comments:

Post a Comment