WELCOME....

IT'S ALL ABOUT YARNTZ...

Tuesday, November 6, 2012

> Kahwin oh kahwin....

Musim cuti sekolah kembali lagi. Cekgu2 tersenyum lebar. Anak murid lak sengeh sampai nak terkoyak mulut. Punya la hepi nak bercuti kan. Musim cuti ni perkara yang sinonim sangat mesti la kenduri. Tak kira la kenduri kawen or tunang, kira semua orang dok pakat wat kenduri ja la. Tak ketinggalan juga, adik sepupu tersayang aku juga akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi. Yeye…yang penting aku jadi pengapit hokey. Hehhhe… aku bila lagi? Kekeke…kadang-kadang soalan tu bermain bukan sahaja dalam kepala aku malah dari mulut orang lain gak. Terdiam aku fikir. Akhirnya jawapan aku..”entah lah”. Bercakap mengenai perkara kahwin ni, aku ada pendapat aku sendiri berkenaan kelakuan ataupun reaksi sesetangah orang kita bila melibatkan bab kahwin a.k.a nikah. Tapi ingin aku tegaskan, tak semua orang kita camni k. Sebelum aku panjangkan tulisan aku ni, aku nak petik penekanan yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.A.W  bagi sesiapa yang hendak memilih pasangan. 

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 

“Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah.”
(Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Dan lagi satu…

Sabda baginda bermaksud: 

“Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa.”

Daripada sabda baginda, jelas sangat la yang kalau kita nak memilih pasangan kita kena cari yang beragama. Bukan setakat ada agama tapi tau pasal agama dan mengamalkan agama. Tak gitu? Tapi scenario yang aku lihat dan dengar di sekeliling aku skang ni amatlah berbeza sekali. Sat…awat aku skema sangat hari ni? Hahaha.hentam saja la labu. Kebanyakan orang-orang disekeliling aku ni, bila disebut bab kawin, akan kuar soklan yang lebih kurang camni bentuknya...

Untuk anak dara…

“ang nak menikah ni, ang dah tau masak ka Bedah? Gulai sebelanga pon tak tau nak wat. Nasik sekepoi pon ang masak jadi buboq…sok2 p umah mak mentua mesti kena kutuk. Ceh…wat malu muka aku ja…”

Untuk anak teruna…

“ni yang gatai nak menikah ni, duit dah cukup ka Leman? Aku tengok ang dok kuda moto cabok c70 tu ja dari pat taun lepas. Sok ada anak, ang rembat lak keta sorong aku…puii...memalukan kaum…”

So, apa kesimpulan yang ampa semua leh wat bila baca dialog drama melayu kat atas? Hurmmm…nampak sangat la bab agama langsung x disentuh. Pasaipa? Tu aku tak tau. Aku tak nafikan kalau nak jadi isteri kena la tau masak dan nak jadi suami kena la ada duit. Tapi dalam konteks yang aku nak fokus arini, kebanyakkan orang yang aku jumpa lebih pentingkan benda2 tu melebihi daripada garisan yang telah diunjurkan oleh Nabi kita. Dan satu persoalan lain yang bemain dalam kepala aku la ni…napa tiba-tiba aku nak tulis entry cenggini ek???kakakaka…..            

2 comments:

  1. dah jenguk entry kami tajuk pasal kawen???hahhaah cer baca..epik kot ayat makcik sorang tu bagi kat kami..

    ReplyDelete
  2. hokey...skang gak km singgah kat sn..hehehe...

    ReplyDelete