WELCOME....

IT'S ALL ABOUT YARNTZ...

Friday, December 14, 2012

> Cinta Muka Buku :-)


Pernah dengar cinta muka buku a.k.a cinta Facebook?leh caya ka cinta di alam maya ni?hurmmmm…. entri aku kali ni nak story pasal cita alam siber ni la. Aku ni x la didedahkan sangat dengan laman web untu bersosial ni. Yg aku ingat, zaman study dulu orang pakat2 gila main Friendster. So, aku pon xmau la ketinggalan. Aku pon buka la satu akaun kat Friendster tu. Tapi sebenarnya aku x brapa aktif atau dalam erti kata lain, aku memang x pandai nak main Friendster ni. Then, satu lagi fenomena datang. Orang pakat2 join Myspace. Time tu aku x terpengaruh lagi. Mungkin sebab cbuk time study kot. Pastu member2 kata Myspace tu cam Friendster gak, so aku lg la tak berminat nak join. Tak lama pastu, orang gila main Twitter. Aku pon ada satu akaun yg aku sendiri dah lupa passwordnya. Kekekeke…kiranya, aku memang sangat2 tak aktif la ber”twitter” ni kan. Masa aku part 1 degree, kengkawan pakat kalut dok main Facebook. Aku memula malas nak menjoinkan diri. Sbb time tu aku suka berchatting kat YM. Aku pon ada beberapa sahabat yang ngam ngan aku kat sana. Tapi oeh kerana pengaruh rakan sebaya terlalu kuat, aku pon buka la satu akaun dalam Facebook tu n lama kelamaan aku dah tersyok la main Facebook. 

Ok, habis part intro. Skang aku nak cerita pasal cinta alam siber. Leh caya ka? Kalau tya soklan ni kat aku 3 tahun dulu, aku akan kata sumpah suma laki yang aku jumpa lam alam siber ni tak bole dipercayai. Napa? Sebabnya aku selalu sangat jumpa laki spesis nak menggatal dan mengorat ja. Dan kalau aku layan, depa memang suka. Yang bestnya siap berjanji setia nak kawen. Kekeke… aku pon tak kurang la. Siap berjanji dengan 3, 4 orang sekaligus. Gatal? Jahat? Ahahaha…gatal tu memang la. Aku berani iakan ja lamaran lelaki idung belang tu suma sebab suma cbuk ajak kawen ja. Tapi sorang pon aku x pernah tengok muka. Kalau adapun yg bagi gambar, xpernah mintak no phone or ajak jumpa. So, aku yakin sangat semua tu hanya mainan lam alam siber. Tp best sebenarnya. Dunia YM aku berakhir bila aku makin aktif berFacebook. Memula dulu aku selalu upload gambar. Tapi skang kadang2 ja. Komen pon  dah kurang. Aku suka membaca post dan komen kawan2 selain tgk gambar2 depa.

Dan bila dengar lagu Najwa Latiff – Cinta Muka Buku, aku tersenyum sekejap. Memang tak dinafikan, cinta muka buku ni wujud. Bahkan aku percaya ada orang bertemu jodoh dengan hanya berkenalan di FB. Salah sorangnya kakak aku sendiri la. Dan syukur dia bahagia ngn seorang anak yg sangat2 cute. Ramai orang cakap kenal kat FB ni tak leh nak caya sangat. Entahlah. Bagi aku, dari mana pon kita kenal orang, kita xleh nak caya 100%. Kalau nak jumpa lelaki jahat or hidung belang kat luar pon banyak, bukan semestinya dalam FB. Tapi ada gak ramai yg menipu lam FB. Terpulang la pada kita sendiri untuk menilai baik dan buruk seseorang itu. Dan bagi pendapat aku, berdoalah supaya bertemu jodoh yang tepat. Kelak Allah akan temukan kita dengan seseorang. Tak kira la dari FB atau tak. Dan dari pengalaman aku, ramai gak lelaki FB yang aku jumpa tak leh dipercayai. So, kena sentiasa la berhati2. Tapi ada jua yang betul2 ikhlas nak mengenali kita. Tepuk dada tanyalah selera. :-)

No comments:

Post a Comment