WELCOME....

IT'S ALL ABOUT YARNTZ...

Thursday, December 20, 2012

> Ular oh Ular

Perjalanan dari Tg Malim ke Bandar Baharu hanya mengambil masa kira-kira 2 ½ jam. Tapi tak tau la napa badan n mata aku letih sangat.  Mungkin kerana aku tak sambung tidur macam selalu. Lepas Subuh, aku teman mak pi pasar pagi kat pekan Tg Malim. Kemudian, bergegas mengemas barang yang  nak dibawa pulang. Aku dan nenek sampai di kampung lebih kurang jam 12.30 tghri. Aku sempat terlelap sekejap. Jam 2 petang aku bangun dan bersiap. Hehehe...ada appointment dengan Baya di Juru jam 3 petang. Hujan turun renyai-renyai. Pulang kembali ke rumah jam 6 petang. Alamak...Astro tak boleh nak on pulak. Baru prasan bil dan 3 bulan tak berbayar. Maklumlah, beberapa bulan kebelakangan ni, rumah nenek memang kosong. Kami pun balik sekali sekala. Kali terakhir rumah nenek meriah dengan sanak saudara rasanya ketika Raya Haji bulan 10. Sebab badan pon agak letih, nenek tidur awal. Aku sempat berFb sekejap sebelum tidur. Jam 1, telefon berdering. Segan dengan nenek yang tidur di sebelah, aku masuk bilik arwah wan. Atas katil penuh dengan bantal dan tilam. Bilik tu dah memang dijadikan store simpanan barang. Tak sedap hati pulak nak baring atas katil. Aku pun amik 2 biji bantal dan baring kat lantai ja. 

Esoknya, aku bangun lewat. Selepas Subuh aku terus sambung tidur sehingga matahari dah terpacak atas kepala. Tak tau la pasaipa ngantuk sangat. Padahal selalu pon camtu. Hehehe.. tiba2 nenek masuk rumah. Tak tau lak aku nenek dari mana. Nenek kata dia jatuh masa tarik ranting pokok rambutan. Aku tgk ada satu bengkak besar kat tangan nenek. Aku suh nenek angkat tangan. Boleh. Maknanya tak patah. Aku terus mandi dan bawak nenek p ngurut kat hujung kampung. Kami balik lebih kurang jam 3.30 petang. Aku berniat nak solat di bilik arwah wan. Aku bentang sejadah. Aik..ada bau busuk. Macam bau taik aja. Aku buka tingkap. Tak nampak lak apa2 taik kat luar. Taik burung pon xda. Risau gak kot2 ada orang nak test ilmu hitam cam dulu (dulu orang minyak berak belakang umah nenek...cian...pukau tetap xmenjadi...ehehhehe). Aku dah nak sarung kain. Adoi..busuk sangat lak bilik tu. Aku pn xjadi nak terus solat kat situ. Aku bawak barang2 ke belakang. Aku ada gtau nenek pasal bau tu. Nenek kata hidung dia ok ja. Errrmmm...pelik...siyes busuk. Ibaratnya masuk toilet yang orang lupa flush. Uweeekkk..

Kul 4 aku baring atas katil depan tv. Nenek dok tungku tangan yang bengkak. Tup2 aku terlelap. Kul 6 lebih baru terjaga dan kelam kabut mandi. Astro masih xleh on lg walaupun dah dibayar. Lambat update la tu..ceis.. Bosan lak. Teringat baju yang tak berbasuh. Aku campak lam washing machine. Ish..teringin minum milo. Aku bancuh segelas. Kesian pulak kat nenek. Aku bawa air masak dan beberapa ketul cucoq keria ke depan. Mana tau kot nenek lapar tapi x larat nak bangun. Aku letak dulang tepi tilam nenek yang betul2 berada kat depan tv. Sambil sembang2, aku hirup milo aku. Entah macam mana, aku terpandang alang umah. Masya Allah! Aku menjerit. Ada seekor ular tedung selar yang sangat2 besar dok kat atas tu. Aku tunjuk kat nenek. Kami kelam kabut lari ke dapur. Aku suh nenek trus tgk ular tu dari jauh sementara aku panggil jiran. Air mata aku dah bergenang. Takot sangat. Jiran aku kata muka aku pucat sangat time tu. Aku call bomba. Setengah jam pastu depa sampai. Tp tak da apa yg depa jumpa. Depa buat kesimpulan, ular tu dah keluar. Tapi aku rasa tak. Sebab masa ular tu hilangkan diri, aku keluar dari umah n tengok bahagian luar, memang tak nampak ular tu. Malam tu, aku n nenek tidur kat umah toksu xjauh dari situ. 

*taik ular...bau taik ni la yg sebabkan bilik jadi busuk*

Esoknya, pagi2 lagi aku bawa nenek p ngurut lg. Tapi makcik yam (tukang urut) dah keluar ngurut orang lain. Makcik yam mintak aku tunggu kat umah dia sampai dia balik. Bosan lak rasanya tunggu depan umah orang pagi2 camtu. Aku ajak nenek ronda2 kampung. Dah lama tak masuk area sana. Then, nenek ajak aku singgah kat umah kengkawan dia. Dah jumpa kawan lama, dia pon buka la cerita pasal ular dalam umah tu. Kebetulan, ada sorang abg kat situ kata nak mai tolong sembur Ridsect kat umah. Tapi dia suh nenek p ngurut dulu. Dia akan mai nnt. Masa nenek ngurut, barulah aku tau abg yg offer nak tolong tu mmg pakar lam bab tangkap ular ni. 

Kami balik ke rumah nenek. Aku orang paling takot. Nenek kata aku kena badi ular. Aku sampai termimpi2. Bila masuk umah mata melilau tengok merata. Takot2 sangat. Abg yg nak tolong tu masuk ke bilik arwah wan. Dia kata ular tu masih ada lam bilik. Dia dok bawah almari. Heran camna bomba tak jumpa. Mungkin bomba tu pon takot agaknya. Abg td call kawan2 dia. Then, datang la 3, 4 orang lg. Depa kalut cari buluh. Dan aku pendekkan cerita, ular tu berjaya ditangkap dan dibunuh oleh abg tu n member2 dia. Lega hati. Aku berani masuk umah walaupon dalam hati dok risau lagi. Aku sambung basuh baju yg aku tinggal semalam. Umah dok bersepah lg. Aku ajak nenek tidur kat umah andak sebab risau fmly ular td dok ada kat sekeliling umah dan kampung. Abis sidai baju, aku tarik kerusi makan di dapur (xda motif pn tarik tu). Tup2 nampak kulit ular. Berderau darah aku. Orang kata ular jenis tak p merata tempat. Camna lak kulit ada kat dapur tp dia tidur n lepak kat bilik depan. Adeh...aku kelam kabut ajak nenek keluar dari situ. Aku tau dia berat ati nak tinggal umah dia. Tapi aku takot sangat. 

   *Ular yang dah mati*

Sebelum ni, orang kata nmpak hantu kat umah nenek. Dengar orang panggil2 nama dari umah kosong kat sebelah. Ada bomoh cakap umah nenek ada hantu raya yg selalu singgah. Tapi aku gagahkan diri teman nenek gak sebab aku yakin hantu syaitan ni tak leh nak bunuh manusia. Selagi depa tak tunjuk rupa, aku sanggup teman nenek. Lagipun aku memang dok ngn nenek dari kecik lg. Pastu orang kata ada orang jahat dok berkeliaran kat area kampung tu. Aku sendiri penah tengok ada orang cuba nak buka pintu umah nenek tengah2 malam. Aku report polis. Pastu kami beringat. Kunci suma pintu n tingkat secepat mungkin n sebelum malam. Dan syukur xda kejadian yg serius berlaku. Hanya kes nenek kena tarik rantai dengan sorang mamat yg datang umah masa arwah wan masih ada. Tapi hari ni aku xberani lagi teman nenek kat kampung. Ular bukan boleh wat main. Kunci pintu pon dia leh masuk. Jadi, terpaksa aku bawak diri. Nenek?? Aku ajak nenek ikot sekali. Dia pon takot. Sekarang kami masih di rumah andak. Esok?? Lusa?? Entahlah....

No comments:

Post a Comment