WELCOME....

IT'S ALL ABOUT YARNTZ...

Wednesday, July 13, 2011

> Rezeki oh rezeki...

Hari ni genap lima hari aku bergelar pelajar lagi. Sambung study? Lebey kurang camtu la. Dalam entry yang sebelum ni, aku dah tau aku dapat cikgu kan. So, pada 9hb Julai 2011 aku pon mendaftar sebagai pelajar kembali di UiTM Seksyen 17. Beberapa hari sebelum aku mendaftarkan diri, sekali lagi aku mendapat berita gembira bila aku dipanggil menduduki exam untuk jawatan PTD yg bakal diadakan pada hari lahir aku. Tapi mengenangkan yang jalan yang aku pilih hari ini sudah pasti arah tujunya dan cabaran untuk bergelar PTD, aku wat keputusan untuk tidak hadir ke exam tu.

Dan hari ini sekali lagi aku mampu tersenyum sebab aku mendapat tawaran menyambung pelajaran di peringkat MBA dan akan mendaftar pada bulan depan. Aku terima or x? errrmm…agak berat aku nak wat keputusan memandangkan aku belum lagi mengikat sebarang perjanjian dengan program yg aku jalani sekarang. Lama aku termenung memikirkan jalan yg perlu aku pilih sebab kedua2nya impian aku. Menjadi pendidik adalah cita2 aku sejak kecil. Tapi mungkin rezeki tidak menyebelahi aku sebelum ni dan application aku lepas SPM and Diploma untuk jadi cikgu tak berjaya. Dan pada kali ketiga dan di saat aku sudah memegang segulung ijazah yg dah lama aku idamkan, Tuhan memberi peluang yang setelah sekian lama aku nantikan. Dan hari ini, aku bergelar bakal CIKGU!

Macam mana lak ngn master? Seikhlasnya aku mmg sangat2 berharap untuk menyambung pelajaran ke peringkat itu malah kalau diizinkan Tuhan aku nak ke peringkat yg lebih tinggi. Masalahnya sekarang aku masih lagi x dapat biasiswa. Kalaupon aku berjaya, masa tu aku dah sign perjanjian untuk program cikgu ni. Jadi setelah berfikir sejenak dan mempertimbangkan baik dan buruk segalanya, aku tetap ngn keputusan aku hari ini untuk menjadi cikgu. Dan kalau diizinkan, aku akan mengejar cita2 aku yg satu lagi tu.

Napa aku cita suma ni? Dah la entry aku kali ni agak skema kan. Hehehe..bukan nak poyo, tapi aku nak kongsikan satu perkara yg sebelum ni selalu sangat nenek aku cakap masa aku tengah stress tahap gaban xda keja walaupon baru beberapa bulan grad. Macam gak org lain, aku mmg susah hati bila x keja memandangkan umur dah makin meningkat dan pengalaman keja yg tersangat la kurang. So, nenek nasihat suh aku apply apa saja kerja atau pon sambung belajar. Walaupun agak bosan menunggu ditambah lagi ngn dwet yg semakin kritikal aku tetap gak apply keja2 dan dalam masa yg sama apply untuk further study. Nak tau napa nenek aku kata camtu? Nenek kata, hidup ni ibarat menahan jerat. Kadang2 kita langsung x dapat apa2 hasil. Dan kalau memang dah rezeki kita, peluang tu itu aku akan datang malah kadang2 bukan satu tapi lebih sampai kita terpaksa memilih yg mana terbaik untuk masa depan kita.

*Ni la nenek aku...style x?

Hari ini baru aku nampak suma kebenaran di sebalik kata2 nenek tu. Dan kata2 tu akan tetap akan aku kongsi dengan orang lain. Sesungguhnya kesabaran kita ni akan dibalas ngn sesuatu yg kita x penah jangka. Hehehe.. kadang2 aku tersenyum lagi mengenang suma tu. Errr…camna hidup aku kat cni? Nangis x aku? Hahaha..mesti la kan..nnt aku update lg..daaaa…

2 comments:

  1. wah ur nenek stylo habis lor haha...alhamdullilah rezeki semua tu :P...update selalu na kami nk bca tau kesah life student ampa..selalu klu life students ni ada selit2 kisah chenta remaja sket2 kuikui

    ReplyDelete
  2. remaja ka kami ni pizah...hahaha...xda can nak berchenta la..xda pilihan pon..tp mmg new life sebab tercampak jauh pas dah lama dok terperap kat umah..sedey..:'(

    ReplyDelete