WELCOME....

IT'S ALL ABOUT YARNTZ...

Friday, July 1, 2011

> Merapu lagi...

Arini mood aku nak mengarang dan mengarut datang lagi. Hehehe.. saja nak ceritakan apa aku buat selama 2bulan lebey aku menyepi ni. 2 hari pas balik dari Langkawi aritu aku dapat p exam Medsi. Agak kalut gak aku sebab aku sampai umah ari khamis petang. Ari jumaat baru terkocoh2 mencari buku rujukan n pagi2 sabtu lagi dah masuk exam tu. Seminggu lepas tu, aku n kawan baik aku p SARAWAK..hahaha..sangat best..mmg yg ni aku n baya dah plan dari bulan 3 sebab km beli pakej ni kat kat Matta Fair. So, pada malam 9 May, kami pon naik bas menuju ke Shah Alam..aik???napa Shah Alam? Sebabnya esok tu kami kena amik jubah untuk convo yang bakal berlangsung pada 15 May 2011. Ok, pendek cita, kami dorang selamat sampai Sarawak. Mmg redah ja time tu. Dah la xtau jalan, leh lak sewa keta n merayau. Tp xbyk la tempat kami dorang p memandangkan pengetahuan n masa yg agak terbatas.
*Sarawak..best..best!!

Balik dari Sarawak, kami trus get ready untuk convo lak. Masa grad, mmg muka aku burn habis hasil dari vacation aku kat Sarawak tanpa pakai sebarang pelindung muka..hehehe.. xpa la..janji dapat scroll degree dah la kan..
*Tgk la betapa berkilatnya aku..hekhekeh...

Tapi memang best sebab leh jumpa balik kengkawan time ngaji dulu. Ewwaaahh..macam la umah jauh sgt kan. Mmg x jauh, tp masing2 dah cbuk n ada yang dah keja. Pas abis convo, dek kerana beberapa perkara, aku tumpang baya balik. Tp mak aku lak xda coz dia singgah umah abg ipar aku sebelum balik. Jadi, aku terpaksa la menumpang umah andak aku kat Butterworth. Tapi bukan sehari, 2 hari 2 malam aku kat sn. Over beno kan. Dah dok sn, byk lak agenda aku. Salah satunya aku ikot fmly andak aku p BBQ kat Pantai Merdeka. Ni gathering cikgu2 skola andak aku sebenarnya, tapi aku ngikut sbb anak dara andak aku pon da sama. Best gak makan2 mengadap laut walupon cuaca agak panas.

*Panas terik..makan ice cream 2 minit dah cair...

Balik dari umah andak, aku membela badan kat umah ja. Ada gak apply keja n menanti penuh harap. Dan ujung bulan May, aku dapat tevew cikgu. Kiranya aku lulus la exam Medsi aritu. Yeeehhhaa...epi toi aku. Pas aku p tevew, aku balik kg dok ngn nenek aku. Dekat sebulan gak. Lam dok sja tu, terpk gak kat mn la aku nak keja nnt. Apa aku akan jadi lam masa beberapa tahun akan datang. Aku mengharap dapat cikgu. Lam masa yg sama mengharap gak dapat biasiswa TPM untuk aku smbung master. Dua2 aku suka sebab dua2 masuk teaching line. Aku mmg nak jadi pengajar dari kecik lg. Ermm...aku menanti n trus menanti..ceeewahhh...

Last week aku balik SP..check online..tgk2 dapat cikgu..Alhamdulillah..mungkin inilah dikatakan rezeki. Aku wat keputusan nak masuk sbb bagi aku, mana yg datang dulu itu rezeki aku. Tu kata cikgu aku masa aku abis SPM dulu. Kdg2 mmg banyak pilihan untuk kita. Dan kadang2 suma pilihan yg kita ada tu kita suka n nak. Tp bagi aku, mana datang dulu adalah yg dah ditakdirkan untuk menjadi rezeki aku. Ooppss...tolong jangan apply prinsip ni dalam mencari jodoh ok..hahaha..next week aku dah kn daftar..cmna agaknya p tempat baru..sekali lg..memulakan hidup baru..sekali lg..dan bertemu dan membina hubungan baru ngn kawan2..sekali lg..mudah2an segalanya dipermudahkan..Amin...;-)

*Motif gambar ni?? xda papun..ni mak aku bg masa convo aritu..kawan aku cakap skang ati aku berbunga2..errr..mgkin camni agaknya kan??hehehe..

1 comment:

  1. tahniah..sangat sesuai kamu jadik cikgu..kompom happening jadik nya kelas nanti tuh hahaha..

    ReplyDelete