WELCOME....

IT'S ALL ABOUT YARNTZ...

Friday, July 1, 2011

> Memilihkah aku???

“ Dah ada bf lum?”..soklan camtu dah banyak kali bertandang kat telinga ni. Dan setiap kali jawapan aku “tak ada”, akan ada respon yag kadang2 xsedap didengar. Biasanya org yang bertanya tu akan jawab camni..”ala..ang memilih sangat kot”…ermm..memlilih ka aku ni? Kadang2 memang ada betulnya. Tapi kalau nak pk secara logik, x mungkin kita leh terima sesuatu yang kita tak berkenan. Selalunya sikap menjadi faktor utama dalam pemilihan aku. Rupa?err..aku tgk gak..tp berpada la ngn aku..x la memlilih sangat bab rupa ni..asal sedap mata memandang ja.

Ok..berbalik pada isu tadi. Ada bebrapa sikap yang aku tak berkenan pada lelaki2 yang aku kenal. Dan acap kali sikap tu bukan satu, tapi gabungan dari beberapa sikap yang x brapa aku berkenan. Aku x mau listkan sikap2 tu in general macam penipu, pemalas etc. Tu dah macam baca buku PETUA MENCARI JODOH YANG BAIK lak (ada ka buku tu?)..hehehe..apa yang aku nak tulis kat sini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri sepanjang lebih dua dekad aku hidup ni..

1) Rasa diri dia aja yang bagus...errrr..bagus sangat ka?

Yang ni memang wat aku super nyampah kat dia. Penah sorang sepupu rekeman aku kat sorang mamat yang rasa diri dia bagus sangat. Lam perbualan pertama lam phone, dia nak cita suma kebaikan dan kehebatan dia. Dia aja la p semayang jumaat kat masjid negara, dia aja la yg dengar ceramah agama, dan dia ja la paling hebat. Memang la suka kalau laki tu bagus, tp ni nak tunjuk bagus sangat. Benda2 camtu xyah cerita sbb nnt2 org leh tau gak. Paling x tahan, perangai tergedik2 dia tu xmelambangkan apa yg dia cerita. So, nilai la sendiri? Fakta ka auta kan..

2) Mengada2 and manja...arrgghh..tensen aku.

Yang jenis ni lak selalu wat aku tensen ja. Aku rasa aku ni jenis ngada2 n manja gak. Tp sesuai la pompuan kan. So, aku sangat2 la xleh terima org laki yg mengada2 tahap gaban camni. Byg kan la, ada sorang mamat ni suh aku ajar dia nak install menda pa ntah lam lappy dia. Aku ajar la. Tp dek kerana kebebalan mungkin, benda yang senang xmenjadi gak. Aku leh sabar lg. Paling x tahan, dia marah n lepaskan geram kat aku. Membebel macam aku ni punca masalah dia. Aik..aku ka dia yg buta IT? Dan lagi satu, org jenis camni sangat2 la sensitif. Paling lawak bila on fb, dia bayang suma fren lam list tu akan chat ngan dia. Hehehe..gilo pa? Pastu wat ayat kecik ati n perli2 aku lam fb sbb aku x msg dia. So, untuk memudahkan hidup, aku remove ja ngn dia dari fren list aku...nnt aku dah x appear kat wall n chat list dia lg..hahaha..

3) Merajuk dan minta dipujuk..wadapoyo la.

Versi kuat majuk ni adik beradik la ngn yang ngada2 and manja. Tp yg jenis ni suka nak majuk xda sebab. Selalunya yg jenis ni x la suka wat masalah meleret2 cam yang ngada2, tp still nyusahkan hidup aku. Penah aku kena. Dia ada problem ng org len, pastu tetiba merajuk ngn aku. Kdg2 suh aku pujuk lak tu. Plis la..xkuasa aku nak melayan. Anak buah aku pon jarang aku nak pujuk, ni lak org luar. Hakhakahak...xrela nyah...

4) Geli2..ermmm..(untuk bacaan 18 tahun ke atas ok).

Hahaha..title pon dah menyampah aku rasa. Yg kaum jenis camni mmg selalu sangat la aku jumpa. Pelik tol aku ngn dunia ni. Nak tau cita dia? Selalunya bermula ngn kenal2 dulu. Then gayut sekali dua. Pastu tetiba dia tya bukan2..”err..awk pakai baju pa malam ni?” @ “awk..sejuk la”..leh paham dah kalau laki intro camtu kat aku..apa nak kisah kalau aku pakai baju papun. Lagi satu, umah xda selimut ka sampai sejuk pon cbuk nak merengek kat aku. Byk lg la versi yg nyakitkan ati. Tp aku rasa contoh tu dah cukup untuk wat org nampak sbb aku aku reject sesetengah lelaki.

5) Pandang orang lain lekeh..cit..

Yang ni baru sekali aku kena n mamat tu bukan kata kat aku pon. Tapi aku still x suka. Cita nya camni, aku da sembang ngn seorang mamat yg kawan aku rekemen. Tetiba tercerita pasal sorang kenalan aku yg keja jauh n x dapat pindah dok dekat ngn isteri dia sbb tuntutan keja. Tetiba ja mamat ni cakap camni...”ala..pa sangat la keja kat company tu, bek berhenti ja cari keja dekat ngn wife dia”...incik..mmg company tu besa2 ja..tp jawatan kenalan aku tu bukan lekeh sangat ok..gaji pon dah lebat..nada suara mamat ni mmg nak memperlekeh kenalan aku tu. Heran tol aku. Jgn la igt suma org jadi kuli cam ang ja ok..tgk..aku lak dah perlekeh dia..patut aku kdg2 kena reject gak..hahaha...

6) Kuat berangan..hadoi..drama ka apa ni?

Kuat berangan ni xbawa masalah..tp kdg2 terfikir, betol ka mamat ni?? Ish..susah ati aku..hahaha..byg la..aku kat kedah..dia lak jauh nun ni negeri lain. Tetiba dia kata “malam ni kita dinner sesama ek” @ “malam ni saya amik awak tau”..wah..magiknya..cam superman lak..mula2 terkejut bewak aku..lama2 aku tau mamat ni ada imiginasi yang tak tercapai akalku...hahaha..sabo ja la..

7) Terlalu main2..hello..aku ni perserta Raja Lawak ka?

“Pastu...err....” dan mamat ni dengan pantas memotong “pastu three”..cis...banyak kali gak kena ngn org camni. Mmg aku xkisah. Tp tgk la topik perbualan. Kalau aku tgh cita bnda lawak2 lain la. Ni isu politik + hidup n mati pon nak wat lawak. Mmg potong crita aku kalau org jenis ni menyampuk. Kalau sekali leh gak wat2 senyum. Tapi kalau dah 15x aku kena, rasa cam ringan ja kaki aku...hehehe..konon ja la..aku x seberani tu la..tp mmg nyampah kan kalau hidup asyik nak main2. Mmg betul sesekali kena da gak lawak. Tapi kalau sepanjang hidup melawak, leh serabut aku..silap2 org mati pon dia gelak..bukan leh caya org camni..ish..blah dulu la..

8) Amik kesempatan...eeeyuuu...

Oleh kerana aku seorang perempuan, mmg kerap kali la aku kena ngn org camni. Terbaru aku kena masa praktikal kat Langkawi. Aku ada kenal sorang org Iran yg mcm xda arah sbb baru ja sampai sn. Aku yg konon baik budi ni (sebenarnya leh makan diri) tolong la dia cari teksi n ntah camna, ngan aku sekali kena ikot p tunjuk tempat yg dia nak p. Dah macam tourist guide aku ni. Masalahnya bukan ngn laki Iran tu, tapi ngn mamat teksi tu. Mula2 dia hulur tangan nak salam. Dan demi xmau malukan dia depan Iran tu, aku sambut gak. Tetiba mamat teksi kata “lembutnya tangan adik ni” sambil tersengeh dengan rupa yg sangat2 la mengerikan. Siyes takot. Hahaha..nasib aku selamat sampai n sejak dari ari tu, kalau dia mai ke tempat aku praktikal untuk bawa guests, sure aku gabra n cari jalan nak bg dia xprasan aku. Hahaha..lega tol aku dah x dok sn..

9) Aku kena bersusah payah untuk dia..dia???

Penah x ada sorang kenalan nak jumpa, tetiba dia order ja suh kita yg amik dia kat umah. Hahaha..yg ni wat aku rasa cam drebar bas pon ada. Wah..wah..senang2 ja suh aku amik dia padahal dia yg hegeh nak jumpa aku. Bukan aku berkira. Tp kalau dia pon tunjuk ckit effort tanda kesungguhan dia nak jumpa xpa gak. Ni x..cam order pizza ja lagaknya..dan dia x tau aku ni pya la takot kalau nak drive..hahaha..mimpi la kalau nak suh aku amik..kehkehekeh...

10) Layan aku cam tentera..kiri..kanan..kiri..kanan..

Finally, sikap lelaki yg terlampau tegas n nak aku ikot suma cakap dia. Pengalaman ngn laki camni penah sekali aku kena masa tahun 2006 kalau x silap. Bila aku majuk (pompuan mmg standard la majuk kan...hehehe) dia xkan pujuk. Dia kata kalau ikhlas nak kawan n kawen, watpa nak majuk2 n gaduh2..huuwaaa...betapa x indahnya hubungan camtu...dan dengan itu, aku hanya bertahan 2 bulan ngn dia. Yg paling aku xsangka, dia x menunjukkan apa2 reaksi masa aku mintak putus...wah...sangat keras hati dia..tp xpa la..at least crita aku ngn dia x meleret2..pastu, kami dah x contact or jump sampai la ari ni...

Hamboi aih..byk lak aku list..10 dah la ek..nnt makin ramai org kata aku memilih. Ntah la, terpulang pada diri masing2 nak menilai. Mungkin ada yang boleh bertolak ansur ngn sikap2 yg aku gtau kat atas. Dan mungkin ada gak yang sama macam aku. Bukan aku x penah cuba nak terima suma tu, tp bila dah terlalu kerap kena aku jadi fed up. Letih menjaga ati org lain sampai aku lupa pasal hati sendiri. Daaaa... ;-)

2 comments: